TAK TAU NAK TAIP APA

By Mizz Coki - Ogos 14, 2017



Seriously kan..

Berblogging ni dah tak hebat macam dulu.  Masa hebat zaman Nuffnang lah, Churp Churp lah, semua berlumba-lumba nak buat duit melalui blogging.  Mula-mula ligatlah, ada-ada aje benda nak update.

Pastu masuk zaman Facebook.... Instagram.. Twitter.. 

Semua update kat situ-situ.  Pastu malas la nak update kan blog, sebab berapa banyak tempat ko nak updatekan hidup engkau ye tak? Haha.  Lagipun macam yang aku biasa buat, aku update Instagram terus tu auto share kat Twitter dan Facebook.  

Easy peasy.  Senang hidup.


Aku rasa korang yang dah lama berblogging pun berfikiran sama.  Ada lah a few blogs yang dulu-dulu aku follow dan suka gila nak baca because of their lifestyles.. sekarang ada macam kurang sket.  Agaknya sebab aku dah tua kut?  Tahun depan dah masuk 40 tahun.

Ataupun aku dah habis idea.

Ataupun hidup dah tak best lagi.

Asyik-asyik update benda yang sama kut.

Ada certain blogs memang derang tak update lagi.  Terkejut ungka bila klik tengok the last update was done in 2014.  3 Tahun yang lepas beb.  Pastu ada lah yang rajin update, aku follow dari derang masih dara sampai beranak 2-3 orang sekarang. Haha.  

OK lah, sebenarnya mata ni tak mengantuk lagi... hmmm.. esok kena bangun awal, walaupun tak bekerja lagi... tapi ada urusan nak dibuat.  Till then,......

Toodles!




  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan