Gout Menyerang!

By Mizz Coki - April 02, 2017


Sejak kebelakangan ni, saya sering kena serang gout.  Seriously gila macam dalam seminggu mesti ada kena sekali.  Adui, sakit tak usah cakaplah... Pernah sampai dua hari saya terbaring atas katil.  Nak makan pun orang hantar nasi pegi bilik tidur.  

So nak tak nak kena jaga pemakanan.  Antara makanan yang saya tak boleh makan macam kat bawah ni ha... sila jamu mata anda..

Sayur kobis
Segala dan semua jenis sayur kacang macam kacang panjang, kacang bendi, kacang botor
Segala jenis kekacang macam kacang tanah, kacang soya dan produk soya macam tauhu, air tauhu, taugeh, tempe dan kicap kut....
Daging kambing dan lembu
Timun, tomato, sayur terung, asalkan ada biji..
Ikan bilis

Lauk tengah hari tadi, saya cuma makan seketul ayam goreng sebab semua lauk kat atas meja merbahaya untuk dimakan.  Suami sepupu saya pun ada penyakit gout, dia lagilah tak boleh makan ikan sardin dan sayur brokoli.

Sengsaranya nak makan!


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan