BOLEHLA.....

By Mizz Coki - Mac 12, 2017

OK.  Ini sambungan dari entri sebelumnya.

Nak tau cemana saya boleh hilang banyak banyak kilo?  Senang je hadek-hadek semua.....  Caranya ialah....

1.  Kurangkan porsi makanan
2.  Kurangkan gula
3.  Cukupkan masa tidur

1.  KURANGKAN PORSI MAKAN
Mesti makan nasi!  Orang kita kalau diet mesti tak makan nasik.  Makan lauk-pauk je.  Macam saya kan.... pagi breakfast kalau boleh MAKAN HEAVY SIKIT.  Saya kalau malam tak makan, saya akan breakfast dengan berat pada esok pagi.  Tapi kalau rasa belum ada selera, cukuplah sekadar roti sekeping atau telur rebus dua biji serta secawan kopi.  Kolo Mee pun boleh .... tapi kena kontrol apa kita makan waktu rehat minum pagi dan makan lunch.  Lunch tengoklah kalau kita makan berat pada waktu sarapan... cukuplah lunch ambik sandwich atau biskut.  Kalau nasi, percaya tak saya cuma ambik sesenduk je.. Takpun dalam 3 sudu makan. 

** Kalau perut lapar in between main meals cemana??? =  minum Milo dengan gula sedikit, standby biskut Cream Cracker kunyah slow-slow... bawak bekal telur rebus sebiji dua.  Jangan pergi taram Double Spicy Chicken McDeluxe pulak hahaha..... **

2.  KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Tak bermaksud sehari 24 jam kita minum air kosong.  Boleh menggeletar badan dibuatnya.  Macam saya, kalau breakfast kat luar, saya tukar kopi dengan Yeo's Green Tea.  Kalau teringin sangat nak minum Coke, well.. mintak gelas extra dan saya akan order air mineral.  Tuang setengah tin Coke, campur ngan air kosong.  Senang kan??? Oh ya, satu tin Coke ada 9 sudu gula.  Cemana nak tau?  Setiap kali korang beli minuman apa-apalah.. tengok jumlah gula.. pastu bahagi 4.  Macam Coke ada 36mg so bila bahagi 4 dapatla 9.

Nampak tak berapa banyak gula dalam minuman kita seharian?

Sedap memang sedap tapi.......
 Naaaaahhhh... mesti korang terkejut kannn?? Kurangkan manis dalam minuman tapi lebihkan manis dalam senyuman.  Klise betul haha. **Kalau terasa payah, air terasa payau.. takpe.. kita try dulu pelan-pelan ye...**

3.  CUKUPKAN MASA TIDUR
Satu dunia tahu kita mesti tidur 8 jam sehari.  Diulangi 8 jam sehari.  Banyak kelebihan kalau tidur cukup.  Kita tak moody, badan rasa segar, otak cergas dan yang penting..... METABOLISMA kita sentiasa bergerak!!! Dulu kan... terpengaruh dengan pendapat seorang abang senior ni.. "bini aku, tidur kat lantai.... bila tidur kat lantai dia tak nyenyak tidur... bila kurang tidur cepat dia kurus tau!"  Hampehla kau bang... Sampai pernah saya tak tidur semalaman konon-konon nak cepat kurus.. Sekarang kalau tidur lambat dan kena bangun awal besok pagi bungkus nasi lemak, waktu lunch saya akan ambik masa untuk tidur sebentar.  Ala-ala power nap gitu.

.... dan hasilnya adalah seperti dalam foto di bawah!!


Perjalanan ini sebenarnya masih jauh lagi.....
Lagi banyak kena buang, koman-koman 50kg lagi tau (berat seorang manusia dewasa hahaah)..

OK, tu je entri kali ni.

xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan