RUTIN PENJAGAAN KULIT

By Mizz Coki - September 09, 2016

Hello!

Kembali lagi bersiaran kali ini saja-saja nak kongsi rutin penjagaan kulit kita yang tak seberapa ni, haha.....

Untuk luaran.. I guna produk Diamond Gold Skin Care.. dia ada sabun epal, serum Vitamin E, krim siang, krim malam dan juga krim rawatan/ treatment.

Harga dalam RM120 (tak termasuk poslaju) Kulit saya cerah dan paling hodoh kalau dekat-dekat time nak datang bulan tu (PMS) jerawat keluar. Haduiiii... jerawat kemerahan takpe tapi parut yang hitam tu I tak suka sangat-sangat. Mujur ada produk skincare ni..... 

Macam tak puas pulak penjagaan luaran.. I tambah lagi power dalaman katanya haha.  Apa lagi, jom tengok produk kat bawah lagi...


JUS GOYANG RAPAT by Che Ta.  Ni produk memang bukan calang-calang punya.  Kawan-kawan I yang try kata after 4 days dah rasa effect ketat dia.  I minum jus ni bukan nak ketat mengetat pun.  Kisahnya I masuk spital aritu doktor prescribed hormone pills yang buat kita setiap hari gila macam tengah PMS.  Jerawat besar-besar mulai timbul, sentiasa nak marah orang je, pastu makan macam kebulur setahun.  Jadi pada satu pagi yang indah I Google lah pasal alternatif untuk pil hormon.  Tiba-tiba ternampaklah iklan Che Ta ni.  Tarikan utama nya ialah MENSTABILKAN HORMON.  Tudiaaaahhh!  I pun try lah satu botol.  Perggh... memang best. Rasa dia sedap tau, perisa laici.  Syukur sebab sekarang tiap-tiap bulan I period.  Teratur.  Suami pun puji tapi takleh bagitau lah kat sini. *Malu*


Sapa tak kenal PERLAKING?  Pengasas produk dia yang kontroversi tu kan, hehehe... tu hal dia, abaikan.  Anyway, Perlaking ni datang dalam bentuk serbuk dalam sachet.  Macam foto kat bawah,


Rasa dia? Sedap..... rasa serbuk buah, masam-masam manis gitu.  I telan 2 sachet sehari.  Uols kena minum air putih banyak-banyak supaya kesan akan cepat terasa dan tak elok ambik supplement kalau kurang minum air putih.


Boleh lah kan? Umur ahkak 38 tapi taklah nampak kertu sangat kan? HAHAHAHA. Mintak penampaq jepon ni.  PERASAN.

Kalau keluar biasa waktu siang di ujung minggu, I calit je krim siang Diamond Gold Skin Care.  Pastu pakai lip balm lebih kurang.  Janji ada perlindungan dari cahaya matahari.

Anyway, tudiah .. I dah share my beauty regime lebih kurang, hehehehe....

Hmmm ... korang pulak guna produk apa?

xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan