DAH KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M KORANG?

By Mizz Coki - Disember 12, 2015

Sibuk orang sekarang kemaskini permohonan BR1M.  Tak terkecuali untuk famili kami tapi saya je yang tak mintak.  Saya kena reject last year, haha!  Tamak haloba.  Tapi syukur suami dapat la itu lebih dari memadai.

OK, nah... bagi yang dah menerima bantuan BR1M tahun ni mesti dah dapat surat untuk kemaskini data kan?  So, untuk yang malas dan merasakan lebih baik dan efisien untuk mengemaskini secara online, sila rajin-rajin klik link ini:

-->  https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k


 Korang klik je kat KEMAS KINI PERMOHONAN tu.  Ikut je arahan yang diberi.  Double check jugak korang punya details yang lain macam gaji, tanggungan, nombor akaun bank etc.  Pastu save bila dah siap-siap dan.........................


Klik CETAK !! So benda alah ni akan keluar kat skrin komputer korang, print jelah untuk simpanan dan rujukan pada masa hadapan gitu.

Haaa, senang kan?  Ingat!! yang penting kena buat cepat tau sebab tarikh akhir mengemas kini adalah pada 31 Disember 2015.

** OK.  Sekarang perut dah berkeroncong.  Belum sarapan pagi ni huhu... **


(✿◠‿◠)
xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan