Cerita Bekal

By Mizz Coki - Ogos 03, 2015

Sejak musim panas kami jarang keluar lunch time kerja.  Tambahan pula hubby sekarang selalu jumpa orang kat luar kalau dia tak terperap di rumah menjawab Whatsapp pelanggan.  Kesian jugak tengok dia dok ulang-alik mana nak menghantar budak-budak pergi sekolah, jemput balik sekolah, bawak derang pegi makan, mana lagi nak hantar barang ke Poslaju bukannya sikit-sikit dik oiii... sudahnya bawak bekal lah lagi jimat belanja.

Ini penghabisan malas punya bekal.  Nasi goreng simple cuma tumis bawang dan cili mesin, pecahkan telur, masukkan nasi, masukkan lada sulah, Tumix kemudian kacau-kacau, masukkan sedikit kicap dan voila!  Nak gempak lagi kalau rajin lah potong-potong sawi dan lobak merah.  Tapi stok takde dalam peti ais, saya gunakan apa yang ada depan mata.  Ikan kering atau ikan keropok tu saya beli dari Pasar Serikin.  Rangup gila krup krap walaupun digoreng pukul 6:30 pagi tapi masih rangup di tengah hari.  Saya ratah ikan tu macam orang ratah kerepek, mak oii sedapnye....

Kebiasaannya, saya bawa bekal dengan satu lauk dan satu dessert/buah.  Kalau tak bawak bekal saya masak Maggi je kat ofis.  Bolehlah buat alas perut.  Pastu kalau lapar, jam 3:30 petang saya bancuh teh O kosong dan makan kraker tawar.  Yang pasti, saya mesti pekena breakfast kalau tidak saya 'layu' terkulai kat ofis.  Ingat ye, breakfast itu sangat penting walau segelas susu sekalipun.

Eh, korang bekal apa hari ni?


xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan