#Throwback ~ Tahniah Adikku

By Mizz Coki - Julai 06, 2015

Ini foto bulan Mei yang lepas, baru ada masa nak upload-kan.  Syukur kepada Tuhan, adik bongsu kami, Thadeus @ Ted dah menghabiskan pengajian dalam Dip. Pentadbiran Awam, UiTM Sarawak.  Rindulah kat UiTM.... inilah tempat saya belajar dulu, saya amik Dip. Sains Kesetiausahaan, grad Disember 1999, tapi masa tu kita semua konvo kat Shah Alam, eeeii rugi derang ni tak konvo kat Dewan Sri Budiman.

... dengan kawan-kawan dia ....


... ni pulak dengan adik lelaki saya sorang lagi...

.... Inilah ibu kami! ......

... yang kanan habis tu kakak dia bajet comel (walhal debob) ...

Tahniah Ted.  Bangga sangat-sangat sebab dia ni tak amik PTPTN.. dan dari awal-awal lagi sampai grad, ibu kami tak bagi sesen pun duit untuk bayar yuran dia, beli peralatan dan kelengkapan belajar serta asrama.. Kami adik-beradik yang berkongsi sebab kami dah takda ayah lagi.  Ayah kami meninggal semasa Ted masih dalam Tingkatan 4.  Dia ni budak baik.  Kalau cuti semester memang tak pernah duduk diam.  Ada-ada je kerja part-time dia buat,  tolong pakcik kiterang kat warunglah, jadi budak cuci keretalah... sempat jugak dia merasa mengangkut kotak-kotak minyak angin kami ke pejabat pos.  

.... OK, tu aje entri kali ini.  



xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan