~ PENJAWAT AWAM DAPAT GAJI AWAL BULAN JULAI TAHUN INI ~ ;)

By Mizz Coki - Julai 10, 2015

Hahh!! Dah dapat gaji tak semalam?  I mean, penjawat awam se-Malaysia? Naaaaa... Mesti rasa mengong sebab kena tunggu 56 hari (dekat dua bulan woo!) lagi untuk payday seterusnya di bulan Ogos.  Tenang dong, tenang.... Saya pun pernah macam tu jugak dulu, yelah waktu mula-mula kerja teruja jugak bila dapat gaji awal.  Sudahnya melangut nak tunggu gaji bulan berikutnya dekat dua bulan terseksa tau tak? Jadi lepas kejadian tu, (kejadian ahhahah!!) saya pun memutuskan untuk belajar bersabar.....  Kalau tarikh gaji 7 haribulan saya tetap akan ambik duit pada 28 haribulan.  Oh ya, ini pulak cara-cara saya kalau nak selamat dan berjimat cermat semasa musim perayaan;

1.  Macam gaji bulan Julai tarikh dia 9hb kan?  So, jangan pegi ATM dulu, tak boleh!  Tunggu 25 haribulan nanti, ambik gaji macam biasa.   Yang nak beraya dah dpt bantuan RM500 kan?  Guna duit tu untuk beraya.

2.  Menabung RM100 setiap bulan.  Macam kami kan... Gawai pada bulan Jun, Krismas pulak bulan Disember.  Jika menabung RM100 tiap bulan, at least masa Gawai adalah extra RM600.  Pastu Krismas nanti ada RM600 lagi.  Bayangkan korang ada RM600 pastu ditambah pulak ngan bantuan Raya untuk penjawat awam?  RM1000 lebih woooo!  Memang grand giler raya korang tau.


3.  Biasa kalau musim perayaan, selain dari kek dan biskut, tentu mesti ada kudapan lain mcm cokelat, gula-gula kan?  Setiap bulan korang beli satu jenis dalam dua tiga peket.  Macam sotong merah, beli 3 peket bulan ni.  Bulan depan pulak, 3 peket agar-agar kering.  Bulan berikutnya 3 peket kacang Pistaschio.  Bayangkan bila sampai hari perayaan berapa banyak dah koleksi korang?  Tapi pastikan disimpan di tempat yang orang-orang rumah tak akan terpikior korang simpan kat situ sebab snek-snek ni sedap dimakan ketika menonton TV.  Ni cakap betoi ni, berdasarkan pengalaman bahahahah....

4.  Janganlah salahkan GST kalau tak dapat beraya dengan baju baru!  Relaks la brader... Kalau ada mid-year sale pun boleh shopping dan simpan baju atau kain ela kankankan?  Ini pun kita selalu buat jadi tak lah terasa sangat beban bila dekat musim perayaan,.

Itulah sedikit tips yang biasa saya buat.  Bila dah berkeluarga ni, anak-anak lebih diutamakan.  Tetamu-tetamu jugak penting tau.  Mereka berziarah ke rumah kita bukan nak tengok kau pakai kain dari Jakel atau beli koleksi Rizalman kat Zalora pastu kau tak cukup bajet hidangkan nasi goreng dan ikan masak kicap untuk tetamu.

OK, tu je, selamat berjimat cermat $$$$ !!!!!

xoxo,
 Mizz Coki

 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
 NAK BELI MINYAK ANGIN AROMATERAPI FRESH CARE PADA HARGA RM5.00 SEBOTOL? KLIK LINK DI BAWAH! FB Minyak Angin Aromaterapi : www.facebook.com/FreshCareMsia

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan