Musim Kemarau Sudah Tiba

By Mizz Coki - Julai 08, 2015

Menggila betul cuaca sekarang!

Saya kesian kat anak-anak bulu kat rumah.  Tengok ni baru uolls nampak 2 standing fan, actually ada 3 standing fans kat living room.  Memang macam puting beliunglah kalau ketiga-tiga kipas ni dipasang.


Momo dan Chichi dah terjelepuk atas lantai.  Kesian kat mereka ni.

Kalau hujung minggu, kami mandi sampai 4 kali sehari.  Bangun tidur sekali, tengah hari lepas makan sekali, petang jam 6 sekali dan sebelum tidur mesti kena mandi.  Bahaya kalau kepanasan sebab kalau tak kontrol nanti kena Heat Stroke (Strok Haba).  Pastu uolls kena minum air banyak-banyak tau.  Bukan air kopi air teh bagai tapi air kosong @ air putih.  Bagi yang berpuasa, lepas bukak puasa minum je 2 botol besar mineral kalau boleh sampai waktu sahur.  Pekena air bandung segelas waktu berbuka pun jadilah kan?  Selebihnya minumlah air putih.

Untuk maklumat lanjut nak tau cara-cara menangani dan mencegah Heat Stroke @ Strok Haba ni bolehlah klik kat sini. -->  STROK HABA @ HEAT STROKE


Ini pulak air kegilaan saya masa ni.  Tak tau mengapa sedap sangat, saya boleh minum ni 3 tin dalam sejam duduk kat kedai.  Hmmm.... gajah betul.



xoxo, 
Mizz Coki

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan