Momo Hilang, Mommy Meraung Nangis!

By Mizz Coki - Julai 20, 2015



Budak berbulu putih ni boleh pulak hilang dari rumah ikut celah pagar.  Geramnya Tuhan aje yang tau.  Saya menangis di ofis macam orang hilang anak.  Kisahnya dia ni tido kat rak kasut kat luar.  Suami saya tutup pintu tanpa memeriksa keadaan di luar rumah terlebih dahulu.  Sudahnya budak ni lepas selit celah grill yang kami dah pasang netting.  Geram sungguh bila menaip ni.

Rupa-rupanya dia pegi main-main kat pasu bunga orang kat tingkat 4.  Pandai naik tingkat atas tapi tak reti nak turun!  Mujur kami duduk kat kondo, kalau kat perumahan biasa, orang tangkap dan letak dalam sangkar, habislah saya... Nasib baik akak cleaner yang tengah mop lantai jumpa dia.  Cleaner kat rumah kami memang kenal sangat dengan Momo dan Chi Chi sebab dua ekor ni suka tengok orang sapu dan mop lantai kat lobi luar rumah kami.  Terima kasih akak cleaner.  Jam 2:40 petang Gabby call bagitau yang Momo dah dijumpai dengan bulu yang kotor sebab main kat pasu bunga orang.  Nak kena rotan budak bulu ni.

Momo ni tak tau mami sayang sangat kat dia, nakal sungguh.... Bila ingatkan balik, buruk sungguh rupa saya menangis kat ofis, memang sangat buruk.  Boss pun hairan bila masuk ofis tengok mata dan hidung saya merah.  Hahhahahaha!!!

xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan