Kau Yang Raya, Aku Yang Buat Kuih (Hahaha!!)

By Mizz Coki - Julai 23, 2015

SELAMAT HARI RAYA SAYA UCAPKAN KEPADA PEMBACA BLOG INI YANG BERAGAMA ISLAM.  MAAF ZAHIR DAN BATIN

****************


Ini kisah taksub.  Orang lain beraya saya pun kena rasuk semangat apakah hahahaha.. Teringin rasanya nak buat kek.  FYI, kat rumah kami memang tak lekang dengan makanan (sila rujuk saiz badan).  Jadi dalam kabinet memang ada-ada saja stok makanan.  Terjumpa tepung premix kek, saya beli dalam 3 kotak haritu.  Daripada duduk membuang masa depan komputer baik buat sesuatu untuk minum petang.

Nin diaaaahhhh!!  Saya main tipu sikit.  Guna tepung kek premix dari kotak.   Tak perlu susah-susah nak timbang dan sukat ye adik-adik.  Kamu campakkan 5 biji telur pastu pukul.  Siap.  Ini kes takde mixer kat tangan.  Food processor pulak dah retak menanti belah mangkuknya.  Tunggu payday nanti nak beli hand mixer aritu nampak agak murahlah kat Giant.  Jom pukul!

Nilah rupanya bila dah dipukul lebih kurang.  Boleh tahan kembang jugak muscle lengan kanan hihihihihih... Terasa macam orang zaman dulu-dulu je.  Yelah orang sekarang semua pukul guna mesin.

Inilah periuk nasik yang kita guna.  Kami kat rumah guna jenama Tefal.  Kan mangkuk dalam dia non-stick?  Jadi gunakanlah kelebihan ini ye puan-puan.

Kalau biasa bakar lebih kurang setengah jam tetapi dengan menggunakan periuk nasi ni, jadi sejam setengah ye? Macam nak memanggang kambing je kaedahnya.

1 jam 30 minit kemudian ..........................
......................
........
...
...
..
...
.
.
.


Taddaaaaaa!!!!  Yang seronoknya kat tepi-tepi tu kan, dah lekang jadi mudah nak menterbalikkan periuk tu.  Kerja jadi sangat ler mudah!!

Nampak tak?  Nampak tak betapa cantiknya dia tak bentat pun.  Harum semerbak aroma oren memenuhi dapur.  Hmmmm.. sedap ni tau, dinikmati bersama secawan Milo O suam.  Saya bahagi dua.  Setengah Gabby bawak pergi rumah nenek dia dan kongsi makan ramai-ramai dengan sepupu-sepupu dia. 

Hmmm.. not bad kan?  Nak try lah ujung minggu ni buat kek lain pulak.

xoxo, 
Mizz Coki


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan