Jangan Tak Sedar, Ekonomi Makin Meleset

By Mizz Coki - Julai 26, 2015

Tengok status kawan-kawan sibuk tunjukkan kejatuhan mata wang Ringgit kita.  Sedih kan?  Dahlah petrol pun naik lagi bulan ni.  Setakat bulan Julai 2015 dah berapa banyak kali dah minyak naik?  Ini macam lama-lama rakyat pulak yang naik minyak!  Hubby dah bagi arahan, kena ambik beberapa langkah 'keselamatan' untuk mengurangkan perbelanjaan.  Kurang tapi bukan sekat.

1.  KURANGKAN MAKAN KAT LUAR

Ini adalah penyumbang utama aliran duit kami keluar selain dari duit top up internet.  Pagi-pagi breakfast kat luar.Terbang RM20++.  Lunch pulak sebab saya bekerja, takde orang memasak kat rumah, hubby tapaukan untuk anak-anak, terbang lagi RM15 - RM20++.  Petang balik kerja baru saya masak kecuali dinner hari Selasa sebab hari Selasa adalah hari paling letih buat saya.  Yelah, setengah hari duduk dalam bilik mesyuarat.  Petang pulak kena settle-kan kerja ofis pulak.  Penat otak.  Dinner inilah yang mahal, koman-koman RM50 terbang untuk 4 beranak makan.  Ini baru makan yang biasa, lauk hidang 3-4 jenis. Kalu tetiba Gabby mintak McD?  RM98 memang ongkos biasa dah sebab saya dah hafal menu semua orang.  Bayangkan RM60-70 sehari.  Seminggu?  Sebulan??

Sejuk perut tengok foto ni.  Haha.  Telur dadar kat belah kiri dan kanan tu white radish (lobak putih ke?) buat sup.  Nampak boring kan? Tapi tetap licin habis kuah lobak tu saya hirup srroootttsss!!


2.  KURANGKAN AKTIVITI BUANG DUIT TENGOK WAYANG DAN SHOPPING PADA HUJUNG MINGGU

"Aaarrrrrrrrooorrrrrrwwwhhhhhh!!"

Kami anak beranak pantang keluar rumah.  Kat rumah konon nak disiplinkan diri.  Window shopping aje pun katanya.  Tapi nanti balik rumah belek-belek resit pastu timbul rasa menyesal.  Tiket wayang + popcorn + air.  Pastu pegi kedai buku terbang lagi RM100++.  Pastu pegi farmasi, semua bawak bakul sendiri ambik syampu, perfume, losyen, lipstick, pencuci muka dan macam-macam lagi.  Belum lagi masuk lunch/dinner. Yang pasti sebelum balik ke rumah Gabby mesti ajak pergi Starbucks.  Budak-budak sekarang.  Tak sah kalau tak ke Starbucks saya pun hairan.  Tapi tak diturutkan kesian jugak. Bukannya hari-hari pun.



3.  MENABUNG (TAK KISAH SIMPAN DUIT DI MANA YANG PENTING ADA)


Ini sifat yang ditanamkan sejak kecil.  Kami menabung?  Errrkk bolehlah dikira menabung tapi sebenarnya kami taknak duit syiling kasi dompet berat jadi dimasukkan ke dalam botol.  Botol Horlicks biasanya haha.  Baru-baru ni kami deposit-kan duit syiling yang kami kumpulkan sejak tahun 2012.  Dapat dalam RM1,400 lebih macam tu.  Best kan?


4. PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK DAN AIR

GAMBAR HIASAN
Kalau tak menonton TV, sila tutup.  Kalau buka air-cond waktu siang, malam tukar guna kipas pulak.  Kalau menonton TV, lampu di ruang tamu kami tak switch ON.  Kami cuma guna lampu belajar (study lamp) dekat meja komputer untuk menerangi ruang tamu.  Memanglah 'romantik' sikit tapi bila nak baca suratkhabar atau buku baru kami bukak lampu.  Dengan menggunakan teknik ini kami berjaya mengurangkan bil elektrik dari RM200++ ke RM120-140 sebulan.


Dulu-dulu kalau cuci pakaian, sampai 2x sehari.  Pagi sekali sebelum turun kerja, petang pulak sekali.  Membazir air.  Sekarang cuci pakaian pun waktu petang je.  Lepas cuci terus sidai.  Balik kerja besok dah kering terus lipat.  Senang.

Haaa..tu lah semua yang hubby suruh implementasikan kat rumah.  Semua benda nak perlu duit sekarang.  Melangkah je kaki ke luar rumah, terus duit duit duit!!

Jadi berjimat-cermatlah ye...


xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan