Beli Kasut dari ZALORA Lagi

By Mizz Coki - Julai 14, 2015

Sebagai insan berkaki gajah, amatlah sulit membeli online atau offline. Serius ni.  Saiz kaki saya, ehem ehem.. 41 ye. Kaki lebar gila.  Kebanyakan kedai-kedai online akan jual paling besar pun size 39, mana muat?

Nasib baiklah ada ZALORA menjadi penyelamat.  Kalau saya rasa tangan saya gatal nak cari kasut baru, saya pasti akan pergi website ZALORA.  Tapi taklah orang kata sampai tiap-tiap minggu saya kena beli kasut, gila apa?  Kena bijak ye kalau nak shopping online kalau ikut nafsu binasa dompet.

Jadi, silalah shopping bila Zalora buat sale!  Percayalah .. memang berbaloi-baloi.  So, mengimbas kembali kenangan pembelian pertama di ZALORA.





Tak ketinggalan, dah takde kasut diidamkan hati, gatal pulak jari klik beli lipstik jenama Elianto.  Saya ni manusia sempoi.  Saya tak perlu beli lipstik Dior ke MAC ke pastu snapshot tunjuk kat Facebook.  Janji ngam dengan kulit.  Simple je saya ni miahahahaha...



OK.  Enough.  Cukup.
Last week pun saya purchased lagi dua pasang ballerina flats.  Saya gilakan ballerina flats sebab saya gajah.  Jadi kalau guna bertumit punya nanti kaki sakit.  


Kali ini saya beli jenama Louis Cuppers (Hitam) dan Zalora punya brand warna kelabu tu.  Seronok gila sebab dua pasang kasut ni saya cuma perlu bayar? = RM58.90 termasuk pos tau!!
Murah tak?  Murah tak?


NAH. TETAPLAH SAIZ 41 AVAILABLE AT ZALORA.

Jadi, jika teringin nak mendapatkan kasut yang murah, cantik, berkualiti, silalah klik link kat bawah ni;

http://www.zalora.com.my/

xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan