NENEK AYAM PENYET

By Mizz Coki - Mei 02, 2015

DADA AYAM PENYET
Inilah port kami lepak bila balik dari kerja/sekolah sesi petang.  Biasanya hari-hari yang saya kena masuk meeting sebab otak saya stress.  Bila otak saya penat, saya akan tertidur dalam kereta sambil ternganga. Serius.  Masa nilah, suami akan rasa bersalah dan kasihan yaaaamaaat dengan bininya yang ternganga sambil berdengkur.  

OK.  Menu biasa saya sebenarnya adalah Nasi Keli Penyet.  Ikan keli dia sebesar lengan budak sekolah rendah I tell you.... Digoreng rangup pastu diperah limau kasturi.  Cubit sikit, cicah dengan sambal penyet, perggghhhhh!!!  Nanti kalau ada masa saya kongsikan foto ikan kelinya tu.  Budak-budak suka Peha Ayam Penyet, saya tak berapa gemar peha .. kalau nak tukar selera saya ambik macam kat atas tu, dada ayam.  Suami pulak suka dengan Mee Goreng Mamak dia.. eeeh ehhh saya pun suka jugak, sedap!  Dahla mee dia basah-basah, isi ayam pun tak kedekut.

Harga agak berpatutan, biasalah kurang dari RM10.  Oh ya, tempat ni halal.  Hmmm.. tetiba teringat ngan ikan keli dia rasa lapar pulak bila menaip entri ni. (kih...kih... kih...)


NENEK AYAM PENYET
Facebook :  Nenek Ayam Penyet
Alamat:  34,Block D, king's Centre, Kuching, Malaysia

xoxo,
Mizz Coki



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan