Dah Bercuti Ke Korang?

By Mizz Coki - Disember 20, 2014


Tempat menanti drebar bas sekolah mengangkut saya balik kerja.  Sayu je bila tengok tempat ni. Ahaksss.... (Ni kat depan hospital tempat saya kerja la ni, foto cilok dari Instagram).

Bulan Disember dah hampir habis...
Cuti tahunan saya dah lama habisss...
Sila jangan melopong.
30 hari dah hilang begitu sahaja dek kerana kebodohan diri sendiri.
Tak sabar nak tunggu 1 Januari datang menjelma dan cuti tahunan akan kembali ke sediakala.

Hehehe... Tapi kan... best pulak kali ini.  Boss besar bercuti sebulan balik ke New Zealand menjenguk anakanda2 beliau yang 3 orang tu.  Amboi, selalunya anak2 melawat mak bapak ini terbalik pulak.  Well, enough said.  Workload agak kurang berbanding biasa.  Cuma masih ditimpa longgokan minit-minit mesyuarat hmmmfftttsss.... nak marah apa boleh buat.  Dah kerja kan?  Dah planned betul-betul untuk menghabiskan sisa 2014 ni kan... 

1.  Filing habis surat-surat dalam tray, tutup fail lama dan buka fail baru.
2.  Susun atur meja dah tukar dah, ramai yang kepoh2 dok kata saya tukau Feng Shui.  IYEEELAAA TUUU....
3.  Nak mencuba mengemas kabinet besi yang entah apa-apa sampah sarap dalam tu.  Banyak benda yang tak berguna lagi.  Ada beberapa items yang yang nampak boleh diguna semula.  Be creative Mizz Coki!
4.  Jangan lupa pesanan / order makan/ kudapan untuk Mesyuarat Pengurusan Bil. 1 Tahun 2015 pada 6 Januari nanti, perggghhhh... ayat!

Krismas nanti kita tak celebrate cuma pergi sembahyang pastu pergi menziarahi rumah Mak dan adik-adik.  Besok nak kerja kankankan?  Hmmm... apalah yang tercapai sepanjang tahun 2014 ni ye?

Yang pasti tahun inilah tahun paling membuang duit, tahun paling tak ada masa dan bekerja setengah gila.  Makin banyak duit masuk makin banyak pulak mencurah keluar.  Keluar shopping? Oh tidak sama sekali, .. keluar membeli makanan!  Sebab saya tak sempat memasak dan macam selalu habis tenaga bila balik kerja mesti ailio meleleh dalam kereta.  Penat sangat-sangat!

SERIUS TAK BERAPA SANGAT SAMBAL NASI LEMAK BELAKANG RUMAH KAMI NI.  SAYA PERNAH TAPAU SATU KALI, MAKAN JAM 11 PAGI DAH BASI DOH.

BILA FEELING-FEELING NAK BREAKFAST BERKHASIAT MAKA PILIHAN ADALAH POPIA BASAH DICICAH SOS MANIS-MANIS PEDAS (WALHAL DAH MELINGKUP SATU MANGKUK MEE SEBELUM ITU HAHA!)
Tahun depan, Gabby pulak masuk Tingkatan 3.  Mama nya ni yang terlebih berdebar-debar!  Tahun depan pun saya tukar waktu kerja ke WP3, 8:30 pagi - 5:30 petang.  Ini kerana ada orang baru yang tinggal bersama kami.  Anak sedara saya yang bernama Boboy akan sekolah kat sini dan tinggal bersama kami.  Memandangkan dia sekolah sesi petang, maka daripada ofis kita akan singgah ambik dia balik sekolah pastu pergi dinner.  Nampak tak di situ dah bunyi keluar duit lagi hahahaa... 

DAH PENAT-PENAT MENAIP MINIT.  REHATKAN MINDA DULU SAMBIL MENONTON FTV INDONESIA KAT YOUTUBE.  CERITA BEST2 BERBANDING DENGAN DRAMA SADURAN NOVEL M'SIA. SERIUS TAK TIPU.  DAN KEROPOK DLM BAKUL KERTAS TU PUN TAK TIPU SEDAP GILER WEH!

** Anyway, dah dekat pukul 3 pagi ni.  Saya tengah syiok download movie kah kah kah.....


xoxo,
Mizz Coki




  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan