SUKA KUCING TAK?

By Mizz Coki - November 22, 2014

Saya suka binatang peliharaan, laahh sapa yang tak suka kan?  Hehehee... Kat rumah kami sekarang ada dua ekor kucing.  Sepasang... konon-konon nak dapatkan baby comel-comel.  Yang betina ni nama dia Chi Chi, umur lebih kurang 7 bulan sekarang.  Tak tau mix apa tapi macam domestic + Maine Coon pun ada jugak.  Bulu warna kelabu, tapi tomboy!  Dia ni tak boleh dipakaikan baju jersi bola, terus dia melompat dan lari kejar-kejar bola mainan dia... aduiii cemana lah nak jadi mak kucing macam ni.  Orang pompuan kena sopan santun la ChiChi... Mana boleh perangai cam jantan.


Hobi waktu pagi kan, tengok burung layang-layang kat tingkap.  Kesian tak boleh keluar rumah...  Dia ni kalau bermain ngan kita habislah tangan kena cakar dan gigit.  Kadang-kadang geram rasa nak lempang je bila dia buat muka kiut depan kita.



Si Gebu bak kapas ni nama dia Momo.  Orang bujang ni umur dia sekarang 5 bulan tapi badan lebih besau dari ChiChi.  Ni bujang manja sikit, sedap gomol-gomol dia ni tapi kesian, bulu dia teruk kusut masa baru beli dari kedai pets haritu.  So hubby kata, terpaksa hantar pegi salun binatang, hantar pegi grooming sikit.



Sikit apekebendanya bila anak bujang kau keluar je dari bilik grooming rupa dia dah separa parabola merangkap makhluk aneh.  Perasaan kami masa tu dah separuh menangis, separuh gelak.  Habis bulu badan dia kena ketam.  Tinggal kepala dan kaki je.  Tengok foto tu, bukan main sedap dia tido terlentang!!

Kadang-kadang hubby selalu kirim whatsapp foto budak-budak ni masa saya kat ofis.  Rasa nak balik rumah time tu jugak dan gomol-gomol derang.

Tau tak membelai kucing ni sebenarnya terapi untuk stress??
Percayalah, bila kita belai-belai kucing ni kita rasa tenang sebab mereka ni manja dan comel.  Tak taulah sesetengah orang boleh buat jahat kat kucing macam campak dari tingkat atas bangunan, pijak sampai mati, simbah dengan air panas.

Kita tak sanggup!!!!


xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan