Makan Malam Persatuan Iban Dau Sarawak

By Mizz Coki - November 05, 2014

Ini kisah dua minggu lepas, laaa lamanya tak apdet blog! 

Pada 25 Oktober kami sekeluarga balik ke pekan Sri Aman untuk menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Iban Dau Sarawak. Ahli yang menyertai Persatuan Iban Dau Sarawak adalah terdiri masyarakat Iban di rumah panjang sekitar Pakit hingga ke Gua, Sri Aman. Saya bukan dari Sri Aman tetapi saya berkahwin dengan suku Iban Dau jadi menjadikan saya secara tidak langsung ahli persatuan ini. 

Majlis ni diadakan di Hotel Seri Simanggang, so senang je kita terus check-in kat situ.


Not bad tau.  RM125 semalam inclusive breakfast.

Pada majlis itu, YB Tan Sri James Jemut Masing mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) RM20,000, Menteri Muda Pemodenan Pertanian Datuk Mong Dagang (RM10,000), Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat (RM10,000) dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie (RM5,000) kepada Persatuan Iban Dau Sarawak.

Tak banyaklah foto yang diambil sebab semua leka dan sibuk dengan selfie masing-masing.

SIBUK.  Masa ni semua taram sampai RM10 demi nak dapat lucky draw last-last sorang pun tak dapat hahaha!

Masalah terbesar masa bagi kami anak beranak adalah;

1.  Tiada saiz sebesar kami di pasaran terbuka.  hahahah!

2.  Tiada masa nak merendek meredah shopping mall
Hahahahhah...

Tapi jangan bimbang, online shopping tersedia untuk dinikmati janji tutup mata bila nak bayar hahahaha...
Dress Gabby saya beli kat Curvylicious Fashionista (RM169 termasuk poslaju)

Dress biru tua dengan kerawang di dada tu saya beli dari Cucucamber Plus Size e-Boutique (Harga : RM111 termasuk poslaju)

Rantai leher Gabby, kasut saya, kasut Gabby dan handbag Gabby kami purchase melalui Zalora.  Lega akhirnya!

Tahun depan dengar khabar nak buat dinner lagi tapi lokasi di Miri.  Hmmm...  Nak pergi ke tak ye?
Nantilah kita cerita lagi. 



xoxo, 
Mizz Coki



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan