OKTOBER, BULAN DUIT!

By Mizz Coki - Oktober 11, 2014

Hai semua,
Nah, dah masuk bulan Oktober.. sangat sangat menguji keimanan betul bulan ni.  Bermula dari awal bulan, ada majlis sikit .. ulang tahun kematian ayah saya yang ke-5 tahun.  Tahun ni Puan Besar alias Emak, tak mau guna khidmat katering, orang kampung boleh tolong katanya... Jadi kami 3 beradik yang dah bekerja ni pun berkongsilah membeli lauk basah dan perkakasan yang diperlukan.  Seperti biasa, tugas yang satu ini adalah tugas rasmi saya.. tukang beli bunga segar dan lilin untuk dihantar ke gereja dan kuburan ayah.


Majlis dah selamat dijayakan, terima kasih kepada semua saudara mara dan jiran-jiran sekampung yang datang membantu juga.

Misi kedua bulan ini pulak, hmmm.. nak repair kereta.  Ganti tayar dua bijik kat belakang, pastu ada kebocoran kat bahagian enjin tak tau bahagian apa tapi yang pasti atas dan bawah.  Kereta kena masuk bengkel dalam 4-5 hari.  Total expenses expected pulak sekitar RM2 ribu lebih.  Melayang ....

Misi ketiga ialah pada 25 haribulan ni ada majlis makan malam persatuan sosial kat belah bapak mertua.  Kena sponsor hadiah untuk cabutan tiket bertuah, hubby pulak cadangkan beli periuk nasi elektrik. Bolehlah... kena bayar meja dinner lagi,  lokasi pulak di Sri Aman, haruslah tetap kena check-in kat hotel.  Belum termasuk dress, handbag, kasut dinner saya dan Gabby.  Perlu diingatkan kami bukan bersaiz biasa jadi kenalah membeli-belah secara online di mana semakin besar saiz dress kamu semakin mahal harganya.  OK, settled, dress, kasut, handbag anak beranak saja dah masuk RM5-6 ratus.

Hujung bulan Oktober terima gaji, dah siap-siap saving sikit untuk sambutan hari jadi anak dara Mama pada awal November OK?  Hadiah ehem... Papa nya dah planned nak belikan handphone baru.  Lokasi tak tau lagi tapi Mama nya ini teruja nak terbang secara solo di dapur untuk memasak.  Boleh?

Baru-baru ini heboh diperkatakan dan di-share di Facebook pasal kenyataan salah seorang VIP yang mengatakan bahawa gaji RM2500 adalah mencukupi jika diuruskan dengan baik.  Saya setuju dengan kenyataan beliau tetapi yang saya tidak puas hati, gaji RM2500 ini kena lah disesuaikan mengikut tempat tinggal, faktor keluarga dan lain-lain.  Ini contoh perbelanjaan kami secara kasar ye?

Petrol kereta : RM400 - 450
Sewa rumah : RM1200
Bil Astro : RM135
Bil DiGi saya : RM150 +-
Bil DiGi suami : RM150 +-
Bil Maxis Broadband : RM150
Bil Air : RM15 +-
Bil Elektrik : RM200 +-


Ini belum termasuk perbelanjaan lain seperti belanja dapur, belanja sekolah Gabby, bagi kat Emak di kampung, kat mertua, bil Astro mertua pun suami saya yang tanggung, savings, belanja makan kat luar lagi, belanja toiletries (sabun,syampu, tuala wanita etc), nasib kami sekeluarga bukan jenis yang suka melencong ke shopping mall, tengok wayang, karok dan sebagainya.

Dan untuk menambahkan sadisnya.. gaji penjawat awam bulan ini dengar khabar pada 16 Oktober, betul tak?  Nasib saya bukan jenis ambik gaji on the dot.  Saya akan membuat pengeluaran pada 27hb setiap bulan.

...... alahai.. lemah lutut bila dipikirkan.

Oleh yang demikian, kemungkinan besar dalam November atau Disember, saya dan suami berhajat hendak mengurangkan bayaran bil kami seperti berikut.

Astro =  Unsubscribe.  Kami bercadang nak guna Skybox (free semua channel).  Bukannya selalu menonton TV pon kan?
Bil HP =  Kami nak subscribe ke pakej yang lebih rendah iaitu RM78 sebulan? (Pakej sekarang RM138)
Bil Maxis =  Sekarang kami subscribe yang paling maksima iaitu RM150 untuk 48Gig sebulan.  Mungkin lepas ni ambik yang lebih murah.

Amacam?
Wish us good luck ya!

xoxo,
Mizz Coki




  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan