JALAN JALAN BELI SAYUR

By Mizz Coki - September 14, 2014


Sudah jadi rutin ke pasar Serikin setiap Sabtu.  Dan menjadi rutin juga pasti singgah membeli sayur di Tamu Sungai Duyoh yang lokasinya sebelum sampai kat Pasar Serikin.  Kami biasanya singgah di sini sebelum balik.  Memang best kat sini dapat sayur-sayur segar baru dipetik dari belakang rumah atau hutan berhampiran.  Tak payah pening-pening nak bajet duit berapa sebab biasanya saya spend tak lebih dari RM10 pun untuk stok seminggu.  Yelah, kadang-kadang balik kerja, macam tekak dah jemu dengan makanan luar jadi saya memasaklah.  Penat tolak ke tepi.

Kalau saya lah ye... RM10 tu saya beli : seikat dua sayur pucuk paku, pucuk ubi, kangkung, serai, limau kasturi, cili padi, rebung.. sebab murah sangat dapat dalam RM2 seikat tu tau.. boleh tahan banyak jugak, macam secekak lebih gitu.  Minggu lepas ada orang jual telur ayam, se-tray tu dapat dalam RM10.  Yang istimewanya telur dia besar gila!  Kalau kat supermarket saiz segitu dapat dalam RM12++.  Seronok!  RM10 untuk ration seminggu.

Kalau makanan yang dimasak, biasa dulu-dulu saya beli nasi yang dimasak dalam periuk kera tu.  Nasi pulut tanak pastu kat bawah periuk kera tu ada sambal udang.  Sedap.  Tapi sekarang selera beralih sebab ada aunty sorang ni dia jual ikan keli panggang.  RM8 seekor terpulang kepada saiz tapi biasa hubby ambik dua ekor untuk dijadikan lauk masa lunch.

Asyik cerita pasal makan je, diet entah ke mana.  Ish, tak boleh jadi ni.  Kena diet balik besok. .... Kalau laaaahh ... hahahahah!

p/s:  Foto di atas saya curi-curi ambik dari dalam kereta, pasal tulah nampak refleksi yang tak sepatutnya haha.

xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan