Cello - Kucing Gelandangan Katanya..

By Mizz Coki - September 08, 2014


Miaw berbulu Kuning ni nama dia Cello.  Mana dapat?  Haaa... ni saya nak bercerita sikit.  Tapi sebelum tu sila abaikan yang tengah pegang kucing.  Tu adik saya kang ada yang pengsan sebab ingat saya dah hilang berat badan sebanyak 60kilogram kaedahnya.

Pada satu pagi Sabtu, jam 6:30 pagi saya dan hubby pergi isi minyak dan ambil duit kat CIMB kat salah satu stesen minyak.  Masa tu saya tengah tunggu hubby dan ternampak seekor anak kucing berjalan terkedek-kedek menuju ke arah stesen minyak.  Hubby panggil, "meewww..mewww"... Eh eh, boleh pulak anak kucing ni merapati kereta kami pastu terus masuk dan baring kat driver's seat.  Wow! MESRA ALAMNYA DIA!!

Dah jadi satu hal, kita kena pegi jemput Mak sebab dah janji nak gi Serikin.  Aaaahh bawak jelah ke rumah Mak.  Biar Mak settle kan problem ni.  Sempoi betul pemikiran.  Dalam perjalanan si Cello ni tak meragam dan takut macam kucing lain bila dalam kereta.  Manja melampau, relax je.  Sekali-sekala dia nak terkam hubby yang tengah driving, takut pulak saya.  Saya peluk dia, saya cium dia, bersih... tak berbau.  Saya syak dia ni memang sesat tak tau jalan pulang ke rumah.  

Sampai kat rumah, Mak terus jatuh cinta pandang pertama kat dak Cello ni.  Adik pompuan saya pulak cepat-cepat pergi ambikkan nasik dan ikan sardin bagi dia makan.  Since kita jumpa dia kat SHELL saya bagitau Mak, namakan aje dia Shello, kalau betina, Shella.  Shello ni bertukar jadi Cello sebab ada bunyi manja sikit.

Happy dak Cello ni sekarang, badan dah gemuk.  Dia tak berapa gemar nasik tapi Whiskas.  Tak pernah berenggang dengan Mak.  Kalau Mak kat dapur dia kat dapur, kalau Mak tidur dia join setilam. Bila tengok dia gembira, kita pun jadi senang sebab macam dah berbakti kat dia.  Rasa macam penculik kucing pun ada jugak haha.

OK.  Tu aje cerita pasal Cello.  


xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan