Anak Makan kat McD, Mak Makan Ikan Masin Je...

By Mizz Coki - September 24, 2014

Tadi saya dok FB walking tetiba nampak satu status yang menyentuh hati.  Ada member yang kongsikan kisah ni.


Teringat masa konvo tahun 2000, kita naik satu kapal terbang dengan students yang dok sama blok 5 kat UiTM kampus Samarahan.  Zaman dulu kita konvo kat Shah Alam, best tauuuu.. kat Dewan Sri Budiman tu.  Sekaligus lah konvo dan makan angin.  

Duduk satu baris dengan saya dan hubby (hubby pun sama konvo cuma dia amik course Business Studies) ada sorang minah ni.  Saya terkejut jugak bukan apa, dia pergi konvo parents ikut sekali.  Parents dia memang orang kampung betul.  Bapak dia buta mata belah kanan kalau tak silap memang terharu tengok derang happy je dengan anak nak pergi konvo.

Saya tak sama course dengan minah tu, dia kalau tak silap saya ambik course Banking, saya Secretarial Science.  Dia ni mati-mati saya ingatkan anak orang kaya.  Shopping weekend kat Parkson Grand, pakai mahal, jeans Levis, kawan-kawan dia pun nampak 'loaded' gak.  Lain lah dengan geng2 kami... pergi shopping pun kat India Street hahaha!!  Serius. Saya rasa dia pun nampak macam tak selesa bila saya dok pandang parents dia.

Sebab itulah bila baca kisah di atas saya jadi teringat kat dia.  Mana tah dia sekarang.  Saya ni penyibuk kan? Hik hik....

xoxo, 
Mizz Coki






  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan