Sebulan Nan Sepi

By Mizz Coki - Julai 29, 2014

Genap sebulan dah tak update blog.  Rindu yang teramat sangat.  Banyak sangat benda yang berlaku sejak sebulan ni.  Semua tau kan?


Kiki dah dapat pembalasan setimpal.  Jadi tak perlulah jadi hakim di alam cyber untuk menghukum dia.  Dia dah cukup dipermalukan.


Insiden sedih negara berlaku lagi.  Belum sempat lagi MH370 ditemui, MH17 menyusul dengan kejadian 'tak sengaja ditembak' oleh pihak tidak berhati perut.  Takziah untuk ahli keluarga mangsa.  Semoga tenang mereka semua di alam sana.  Sedih masa menerima berita ini, kami di ofis semua tak dapat buat kerja dengan tenang.  Muka sekor-sekor memang takde mood.  Walaupun takde saudara mara yang terlibat tapi kita dapat merasakan kesedihan yang mereka alami.

Oh ya, di kesempatan ini pula kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia.  Terlalu banyak insiden berlaku di dunia ini sekarang.  Jadikan iktibar agar tidak berlaku di negara kita.

KOSONG KOSONG YA!





  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan