1 Jun ~ SELAMAT NGINTU HARI GAWAI DAYAK, GAYU GURU GERAI NYAMAI, LANTANG SENANG, NGUAN MENOA, OOOOHAAA!

By Mizz Coki - Jun 06, 2014

Selamat Menyambut Perayaan Gawai Dayak dan Kaamatan untuk rakan-rakan di seluruh dunia yang merayakannya.  Seronok tengok foto-foto kawan-kawan yang kat luar negara masih boleh berkumpul bersama-sama siap berpakaian tradisional Iban iaitu Ngepan siap ada tarian Ngajat lagi dan celebrate Hari Gawai.  Tahun ni kami tak buat rumah terbuka sebab penat, saya cuma berpeluang cuti pada Sabtu 31 Jun 2014.  Sehari sebelum Gawai ye, baru terhegeh-hegeh nak beli barang dan kemas rumah lebih kurang.

Sambutan dimulakan pada tengah malam 1 Jun 2014.  Semua dah siap-siap standbye tunggu detik tengah malam. Memang tradisi kami begitu.  Bila jam dah berdenting tengah malam semua dengan gelas di tangan, kami minum air tuak atau Ai Pengayu dalam bahasa Iban.  Bebudak tak boleh, tak boleh.. so Gabby, Alin dan Boboy kena toast gelas ada air Coke. Haha.  

Makanan asli ala rumah panjang ni.  Masak pun guna buluh.  Ada yang dipanggang jugak macam ayam dan daging.


Saya cuma dapat menyumbangkan lauk Masak Lemak Pucuk Paku dengan Rebung.  (Tetaplah dengan selera Melayu, saya memang tak berapa expert nak masak makanan orang Iban).  Hik, hik, hik,...


Dalam foto ni Gabby tak ada.  Dia ni jenis memerap di dalam bilik tidur dengan laptop dia. Inilah rupa dan gayanya hari pertama kami.  Semua sibuk dengan karenah masing-masing.  Saya juga ada peristiwa sendiri jugak berlaku pada malam 31 haribulan tu.


Mata Gawai saya.  Orang beraya dengan eye shadow saya pakai cermin mata hitam macam filem MATRIX tu.  Eeeeii potong stim betul!  Hodoh gila bila rupa au naturel pergi berziarah.  Kisahnya bermula masa saya dok tiup-tiup kulit kacang masa nak buah kuah kacang untuk nasi impit.  Mungkin ada yang termasuk ke dalam mata saya kemudian saya gosok dengan kasar.  Sakitnya Tuhan saja yang tahu bila keesokan harinya saya tak boleh memandang cahaya terang seperti lampu dan matahari.

Oh ya, tahun depan kami akan merayakan Hari Gawai di rumah panjang mendiang bapak di Saratok.  Memang best, sambutan Hari Gawai kat rumah panjang lah paling best sebab ada sukaneka dan macam-macam pertandingan.  Rugi tak balik kampung tau.

Bagaimana dengan sambutan Hari Gawai anda?
Best tak?

xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan