Review oleh Mizz Coki : MAGGI BIG KARI

By Mizz Coki - Mei 02, 2014

Sebelum bermula la kan, mintak maaf kalau entri nampak macam lapuk sket, saya busy lah wak ..... jadi takpe entri ni saya buat sikit-sikit .. bila datang ilham saya sambung tulis .. so jangan benci saya OK? Hahaha.... 
Yang kiri Big Kari, yang kanan paket biasa. Tau kan? hik hik

Lama dah menanti kedatangan Maggi BIG Kari/Ayam ni ke bumi Kenyalang.  Mesti anda semua nak tahu jawapan kalau diberikan peluang untuk ajukan soalan pada saya ye dak?  

MAHAL KE DARI MAGGI BIASA?
= serius saya tak tahu berapa harganya sebab yang beli adalah encik suami. uhuk uhuk.  Tapi saya ada terdengarlah beliau kata, mahal sikit je.  Hehehe...

BETUL KE BESAR DAN BANYAK ISINYA?
=  well, what can I say ya?  Macam kita makan dua paket Maggi biasa kut.  

MANA LAGI SEDAP?
=  errk, actually rasa nya sama.. saya ni jenis tak suka Maggi berkuah sangat, sebab nanti rasa macam tak cukup garam.  Kurang sedap.

So, kesimpulannya will definitely purchase Maggi besar ni sebab senang, masuk je 2 bungkus , 3 beranak dapat kongsi sama.  Cara saya menikmati Maggi?

1.  Tumis bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu.
2.  Bila bebawang dah wangi, masukkan air secukupnya.
3.  Bila air dah menggelegak, masukkan mi dan perencah.
4.  Biarkan seketika, masukkan telur dan biarkan seketika (saya tak suka kacau, biarkan sebijik camtu, so ala-ala poached egg lah kan)
5.  Boleh masukkan sayur sawi kalau suka.
6.  Bila dah masak, saya dah ready hirisan cili + kicap + bawang putih + cuka/jus limau kasturi.  Sambil kaut Maggi guna garpu, amik sikit kuah kicap pastu letak atas mi.  Sedap woooo!!

Enjoy!

xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan