Foto Makanan Secara Berjemaah

By Mizz Coki - Mei 28, 2014

Saya suka memasak tapi taklah tahap super dewa macam Chef kat dalam TV tu.  Syukur Gabby sekarang dah 'pandai' nak makan sayur dan tak berapa gemar nak makan kat luar.  Boring katanya, balik-balik tempat yang sama.  Kebetulan adik bongsu saya pun tengah bercuti semester sekarang memang berat badan kami orang semua melonjak naik kussss semangat!  Ni antara foto-foto yang sempat saya snap, yang tak sempat di upload ke Instagram maknanya dah masuk perut.

Sayur Cangkuk Manis Masak Lemak dengan Labu Kuning.  Kat semenanjung orang panggil Pucuk Manis kan?

Ni pulak ikan goreng celup tepung KFC tu.  Ikan kembong jek.


Ni pulak favorit hubby.  Ikan kembong masin.  Tak sah nasik dia kalau takde menatang alah ni.

Ni request dari adik tersayang.  Telur Ayam Masak Kari.  Resepi bapak.

Ni favorit saya ni, labu air tumis.  Makan nasi putih berlaukkan ni saja dah cukup.

Tak lama lagi kaum Dayak akan merayakan sambutan Hari Gawai Dayak.  Tahun ni rasanya kami sekeluarga kat Kuching jek.  Penat lah dik, maybe bawak Mak jalan-jalan saja kut.  Apa-apapun tu saja buat entri kali ni.  Nak rehat heheheh mandi pun belum ni tau!

xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan