Selera Mak Mah, King Centre

By Mizz Coki - April 04, 2014

Lately kan,
Dah jadi kegilaan kami anak beranak makan karipap.  Tapi bukan sebarang karipap.  Karipap Sardin nama diberi.


Apa yang spesel sangat pasal karipap ni?  Murah? RM1 untuk 3 ketul.


Kenapa kami tergila-gilakan karipap ni?  PERFECT.  Kulit rapuh, flaky, rangup, crunchy... inti dia sardin ada rasa pedas, manis banyak lak tu.

Dinasihatkan beli sebelum pukul 8 pagi, dah beberapa kali terlepas minggu ni tau.. sebab staf kat Bgn. Sultan Iskandar akan memborong habis, diulangi borong habis karipap sardin ni.. karipap ayam tak nak la pulak.. walhal sedap pun leh tahan gak tau.


Dah sedap kunyah kunyah karipap perut tak puas haruslah pekena sepinggan Mee Jawa.  Ya ampun sedap gila noks.Kuah dia memang killer, power....   memang tak rugi makan kat sini.  Dijamin 100% halal.  Sepinggan RM5 saja ye.

xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan