Entri Makan Lagi (takde perkara lain.. hahahah...)

By Mizz Coki - April 18, 2014

Kebiasaannya ....
Kalau hari restock barang, tenaga akan berkurangan pada sebelah petang.
Maksudnya, malas.

Petang tadi, memang K.O abis dalam kereta.  Dari ofis sampai ke sekolah Gabby, saya nyaris mengigau sebab bila bukak mata tengok kiri kanan, suasana dah lain.... (Hahahahahah...).  Macam biasa, masuk je dia dalam kereta soalan pertama, "Mama, what are we having tonite?"  .... Jawab salah, tak dijawab pun salah.  Memandangkan kereta dah menghampiri kawasan Padungan maka haruslah melintasi Sekama dalam perjalanan pulang dan kami pun singgahlah kat K.Y Cafe.  Masa turun dari kereta, tetiba mata ternampak sebuah cafe baru dibuka.  HORSEY ke apa tah nama dia saya pun dah lupa dah.  Bila nampak nama HORSEY tetiba terbayangkan wajah seekor kuda sedang menyeringaikan gigi nya sambil tersengih-sengih.  HAHA.


OK.  Bila dah sampai semua teruja nak order menu sendiri.  Gabby ambik bubur nasi.  Budak ni lately dah ikut selera saya dah suka makan bubur nasi kalau makan kat luar.  Hmm.. kali ni rasanya tak naklah bubur nasi.  Lama jugak nak memilih sebab saya kecewa, Nasi Lemak yang diharapkan rupa-rupanya bukak jam 10 malam.  Sapa lah nak makan jam 10 malam? Tak logik sungguh orang ni.  Takpelah. Ikut menu hubby jelah, so saya pun order Crispy mee @ Mee Dawai.  MEE DAWAI????


Cemana rupa mee dawai ni.  Orang Sarawak harus tau mee ni mee cemana.  Sebenarnya mee biasa-biasa saja.  Mee sanggul tu, akan digoreng rangup dan super crunchy.  Lepas tu barulah siapkan kuah sos pekat dia.  Oh ya, kuah pekat untuk mee ni kan, biasa orang akan letak sotong, daging ayam, isi ketam, sayur ish, pendek kata best lah!  Tapi kalau makan tu kena hati-hati sebab kuah dia panas pastu takut tercucuk lubang idung dek kerana mee yang melentik-lentik!


Boleh tahan jugak rasanya, tapi porsi agak 'besar' sebab saya tak habis makan.  Tapi memang sedaplah, kuah dia panas-panas pastu mee dia rangup-rangup gitu.  Next time bolehlah singgah lagi.

xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan