Dalam Sakit Pun Selera Tetap ON!

By Mizz Coki - April 12, 2014

Pagi Rabu yang hening....
Hubby kata saya merengek-rengek, tidur restless katanya.  Saya bagitau hidung sumbat dan sesak nafas sikit.  Pukul 8:30 pagi kami keluar rumah terus pergi ke klinik.  Mintak MC satu hari saja walaupun doktor nak bagi dua hari.  Saya teringatkan longgokan kerja kat ofis.  Mana minit mesyuarat minggu depan tak siap-siap lagi.

Balik dari klinik singgah breakfast siap belikan nasi bungkus untuk Gabby, kesian anak Mama.. tak larat saya nak memasak hari ni.  Takpelah kan.  Dalam sakit-sakit macam ni, disuruh berehat saya rasa makin 'sakit'.  Saya jenis yang tak reti nak duduk diam.  Petang sikit saya godek-godek almari jumpa lah tepung gandum.  Hmmm.. nak buat apa ye?

KATA TADI SAKIT, TAPI TETAP GIGIH BUAT CUCUR UDANG!
Jumpa isi udang, potong bawang besar, potong batang Celery, gaul dalam bancuhan tepung dan air, kasi kunyit dan garam sikit, nak balance kan rasa bagi gula dalam sesudu teh.  Cucur udang versi orang sakit dah pun siap dihidangkan.

Cicah bersama campuran mayonis dan cili sos Thai Kimball.

MANTAP!


xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan