Bosan dan Kosong!

By Mizz Coki - April 14, 2014

Perasan tak blog ni semakin sunyi?
Ada ke orang nak baca blog layu ni?
PERASAN NYE SAYA.

Tak taulah macam bosan je... rasa macam kosong je sejak sibuk ni.  Susah jugak hidup double life macam Superman ni.  Siang kerja ofis, malam layan customer.  Kadang-kadang tak larat sampai saya jatuh sakit sebab kurang rehat.

KALAU RASA KOSONG, PEGI LAH MAIN GITAR!
Kalau saya kerja kat kompeni (keje swasta) agaknya lama dah saya ucapkan selamat tinggal kepada dunia kerjaya.  Tapi pepahamlah kan, stigma masyarakat kalau nak resign keja gomen, "alaaa... sayang,.." Kenapa sayang?  Perubatan percuma?  Senang buat loan?  Orang tak nak buat hutanglah, cukuplah.  Orang nak jana duit sekarang.  *Hirup Horlicks kejap*

Penat tau kalau anak sekolah sesi petang sebab kena tunggu sampai jam 6 petang baru dia melenggang kangkung keluar dari kelas.  Pastu nak kena masak lagi sebab kami anak beranak dah jemu, serius!  Jemu dengan makanan kat luar.  Macam-macam tempat kami cuba konon nak mem-variasikan menu tapi last-last sotong masak kicap saya jugak antara yang dapat mengikat anak dan suami.  

Sutun Ticap.  Favorit Gabby.  KREDIT FOTO
Sabtu pagi nya kena ambik stok dan bila sampai kat rumah berebut-rebut packing barang pastu hantar ke terminal bas dan kaunter poslaju sebelum jam 5:30 petang.  Lepas tu kami akan melawat Mak sekejap.. dalam pukul 7:00 malam mintak diri nak balik.  Dalam perjalanan pulang pandai-pandailah mencari tempat melantak dinner.  Kalau Ahad pulak balik dari gereja paginya tentu nak baring-baring rehat kejap sebab dah heavy breakfast kan.  Dari Isnin hingga Ahad, tak pernah la merasa nak bangun lepas pukul 7 pagi sekarang.  Bangun paling lambat pun pukul 6 pagi tau.  Sabtu kena bangun awal ambik stok, Ahad pergi gereja, *pengsan*.  Back to the story... lepas tu mula lah dengan mengemas rumah, melipat kain baju, gosok baju sekolah Gabby, menyental lantai bilik mandi, kemas dapur dan macam-macam lagilah sampai petang.  Pastu masak untuk dinner lagi.  Malamnya layan lagi whatsapp customers dan buka resit.  Suami pulak ambik resit dan terus packing barang-barang.

DINNER PALING SIMPLE.  Kepak ayam, salut dengan sos BBQ, masuk dalam oven.  Roti putih dengan Tuna Cili Ayambrand.  Mabeles abis ni.
Takde maknanya nak pergi jalan-jalan ke mall, walhal kalau diikutkan lokasi rumah kami, tak sampai lima minit pun kalau nak pergi The Spring.  Apatah lagi ke City One dan lain-lain tapi itulah.. masa terlalu mahal untuk dibeli.  Saya mesti rehat secukupnya terutama baring.  Walaupun luka kaki dah 99.9% sembuh tidak bermakna saya boleh sewenang-wenangnya nak merendek shopping mall apa lagi kalau nak buat briskwalking exercise, kena pikir dua tiga kali.  Kalau tak cukup rehat badan kita jadi overheat tau, itu yang saya mudah kena selesema dan demam panas.  Satu lagi, kalau saya kurang baring kaki akan kembang!  

Dah saya bincang baik-baik dengan Gabby, kesian anak dara saya yang sorang ni.  Dia tak membantah kalau kita suruh buat apa sekalipun.  Suruh belajar dia belajar, suruh tolong kemas rumah dia tolong, suruh cuci pakaian dia bingkas bangkit membantu.  Untuk membalas jasa-jasa dan as a reward for her, kita dah peruntukkan petang Ahad sebagai 'hari keluarga', yay! Time ni lah kita akan keluar tengok wayang, lepak-lepak ngopi (she is a Starbucks junkie!), window shopping etc.  At least saya dapat fresh air sikit sambil cuci mata.  Bosan tau, dah hampir 7 bulan saya tak pergi window shopping, mesti anda semua melopong menganga macam tak percaya tapi itulah, hakikat.

Panjang pulak entri kali ni, yelah dah lama tak menaip.  Jadi malas pulak.  Tak maulah malas-malas buat entri.  Takde orang baca pun at least one day akan jadi ala-ala diari Mak Jemah kan?  Best tau kalau #throwback cerita-cerita lama ni.  Flashback, excuse me.

Sebenarnya .... haritu pernah confessed kat suami, eh eh .. kita nak jadi Food & Travel Blogger, amacam, best tak?

*bunyi cengkerik..*

Ek eleh.. travel blogger katanya... Singapore pun tak lepas lagi, har har har!

xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan