Yang Jaja Mulut Aku Sumpah Kau Ditimpa Kecelakaan.

By Mizz Coki - Mac 31, 2014

Halo,

Malas nak cakap punyalah berabuk blog ni sekarang.
Hari terakhir di bulan Mac sekarang kan?

Saya genap berusia 36 tahun pada 18 Mac yang lepas!
Cuma hari ni rasa terkilan sikit dengan suara sumbang di ofis yang pasti saya tau bukan kerja kawan-kawan atau kerani atau office boy.  Orang atasan ni.  Tak perlulah saya ceritakan tapi saya cuma nak bagitau bila saat yang ditunggu sampai, kalau saya fed up tahap meroyan, saya tak teragak-agak letak jawatan 24 jam.

Saya dok kat ibu pejabat punyalah bahagia dan mewah hidup saya, tiap2 tahun saya pergi Minggu Setiausaha, setiap keperluan saya tidak diabaikan.  Saya mintak pindah keluar pun sebab ibu pejabat telah berpindah ke lokasi yang jauh.  

Satu masa dulu saya pernah merasa sangat bahagia, itu 4 tahun yang lalu....

Dan saya seorang manusia yang ada memori gajah sebab saya kuat menyimpan dendam.  Saya seorang P.A. kerja saya jaga boss, tiket pesawat, hotel, diary, amik minit mesyuarat pengurusan/pentadbiran.  Bukannya semua mesyuarat saya kena amik minit sampai 6 kali sebulan, teknikal dan perubatan saya sapu abis. Saya ni jurutera dan doktor ke???

.... tunggulah, 2 tahun je lagi..


xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan