Lama Dah Tak Update..

By Mizz Coki - Mac 08, 2014

Hai semuaaa!!
Adooooii, lamanya tak update, sebulan gitu....  

Rasanya bulan Februari takde apdet kut?  Semakin terabai lah blog ni.  Hidup sekarang makin menjadi-jadi dengan busy nya.  Bila dah busy cepat penat, bila penat terbang lah cuti rehat.


Cuaca sekarang panas menggila, kami tiga beranak silih berganti sakit dan demam.  Macam-macam supplement yang kami makan, terkini aku amik Kordel's Grape Seed tu untuk nyahtoksid dan mengurangkan bengkak kaki.  Pastu dah ON Phytoscience la pulak yang double stem cell tu.


Ni karipap tengah malam. Haha.  Kisahnya lambat tido bila lapar ada stok karipap frozen dlm peti sejuk, goreng la lebih kurang, janji tak taram maggi dan nasi putih + telur goreng mata kan? Hik hik hik...


Lauk lunch minggu lepas.  Dalam hati nak makan macam-macam!  Ambik kau.  Sayur Peria Tumis Telur, Ayam Kari, Daging Kicap, Perut Lembu Masak Kari (babat)... last - last makan 2-3 suap je pastu stop.  Membazir duit betul.  Satu pinggan tu dekat RM10.   Since sakit dua tiga menjak ni, tak dapat nak makan banyak-banyak macam dulu.  Rugi korang kalau belanja aku gi stimbot dan Hartz Chicken Buffet.  lolz.  Sekarang aku makan sikit sikit tapi kerap,, jadi sentiasa mengunyah lah jawabnya.

Anyway, rasanya cukuplah takat ni je update lebih kurang macam tak ikhlas je. ....
Hmmm.. nak tidor, esok bangun awal, nak restock minyak angin lagi.
Usia masih muda kan? Kena kerja keras carik duit lebih.
Waaaaahh muda katanya!





  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan