Gong Xi Fa Chai! ~ The Kings Makan Besar Malam Tahun Baru

By Mizz Coki - Februari 03, 2014

Gong Xi Fa Chai! #sengihkuda

Gong Xi Fa Chai
Kong Hee Fatt Choy
semuanya!

Seperti biasa, tak sah kalau tak makan malam tahun baharu kat rumah pakcik Cina kami.  Kehadiran kami agak lambat kali ni sebab last minute kena jumpa dengan customer kat airport.  Aduii.. dah tu bergegas balik ke rumah, mandi, mekap dan terus pergi ke rumah pakcik kiterang.

Kimchi Pancake

Ni penkek Kimchi buatan sepupu aku.  Budak laki yang buat ni tau!  Sekarang dok kat UCSI amik Culinary Art.  Future chef yo!   Sedap jugak menatang Kimchi ni di penkek kan.  Yummy.

Lauk pauk yang meriah!

Kalau makan besar, lauk-pauk mesti gempak punya.  Favorit ni tiap tahun, ayam Kachangma.  Tak tau apa yang sedap sangat pasal ayam Kachangma tapi memang aku suka gila makan ayam ni, walaupun rempah pahit .. tetap lah menjadi santapan utama dalam pinggan aku hahaha....

Lepas makan of courselah sesi bagi-bagi angpow.  Untung Gabby masih anak dara dpt dua peket tahun ni dari pakcik aku dan isteri sepupu ku.  Pastu sesi bukak table (berjudi) ni satu kemestian dan tradisi ye, bukan saja-saja nak menggatal.  Ini tahun aku tak main, malas sebab badan terasa keletihan yaaamattt...

Bila tengah malam, orang main mercun dah macam kat Palestin dah, dengan asap nye bunyik nya lagi....
Berdentam-dentum! 

Aku tertidur atas sofa, boleh?

Dengan dengkuran sekali, hahahaha...

Anyway, enjoy sungguh malam itu dan seperti biasa, sepi tanpa sosok ayah aku.  Kan best kalau beliau masih ada bersama kami.  Mesti banyak cerita dia bukak especially kisah lama-lama dahulu.

Dad, I miss you....







  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan