Posting Sunti Tahun 2014

By Mizz Coki - Januari 19, 2014

Selamat tahun baru 2014 uols.  Belum terlambat rasa-rasanya kan, sorry derrr, memang busy menggiler sekarang ni tau.  Maklumlah orang dah balik ofis.

Azam baru korang apa lak tahun ni?  Aku?

1.  Kempiskan badan
2.  Gemukkan poket

Tu je, simple kan?


 Hihi.. foto malam tahun baru.  Bebudak takleh minum wine.  Air oren jelah ye.. mata Boboy sampai stim tu, penangan oren haahahaa!


Masuk je bulan Januari, terus jatuh sakit,serius.  Sana sini orang batuklah, demamlah, haruslah aku tak terkecuali.

Muka berseri (berseri ke??) masuk ofis balik.  Macam terpaksa pun ye hahaha.  Konsep mekap tahun 2014, tak payah tebal dan pekat, asalkan ada rupa Fazura sikit. Waaaaaaaaaaaaaaaaaahh Fazura katanya..hahahah...


Oh ya, Gabby masuk Tingkatan 2 tahun ni.. terasa kertu bila aku sebut Tingkatan 2, bulan Mac ni aku dah masuk 36 tahun, alaaa muda lagi uuuu... tua lagi Erra Fazira ahhahaha....  Foto ni dipanggil, pose Mengkuda.  Tengok, sengih kuda tak hengat... aku kan lahir tahun Kuda.



Tak sah blog ni kalau takde foto makanan.  Tadaaa!  Sambal tumis Mizz Coki, selain jadi peneman Nasi Lemak sangat sedap dicicah dengan lempeng musim-musim ujan camni.  *masuk lif tekan sendiri*


Chocolate Tart beli kat Taka Bakery.  Favorite aku ni, tapi takleh makan selalu, mestilah nak kekalkan size pinggang 50 inci kan? Miss Universe mesti menten hahahahah..


Alaaaahaiii.. musim sejuk memang best sebab mesti kerap kencing dan kerap lapar.

Hancur azam tahun baru..... hahahaha!







  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan