Musim Durian - Musim Cuti Sekolah - Musim Merendek

By Mizz Coki - Disember 17, 2013

Musim durian la paling best tau.  Tak peduli lah dengan buah-buahan lain, aku sangat-sangat menyukai durian.  Suka duduk kat balkoni sambil meratah berulas-ulas durian ni.  Heeppp.. sekali sekala boleh.   Sebabnya yang pertama gerenti malam nanti kau tak leh tido sebab kepanasan dan kedua, gerenti gula dalam darah kau akan menjulang-julang naik.  Tak percaya?  Boleh try, silakan.  Durian yang kami beli aritu masih berbaki satu kontena dalam peti sejuk.  Aku nak buat cucur durian.  Projek yang tak pernah siap-siap lagi huhu.  Pakcik dan makcik aku pun bawak deroyan gak masa datang melawat kami tadi.  Seronok, rezeki deroyan le katakan... suke sangat, terima kasih uncle dan aunty, semoga uols murah rezeki kan?
Durian murah tapi kualiti mantop!
Masa ni kan seronok tengok orang berniaga di tepi-tepi jalan.  Pandai cari duit lebih, macam tulah baru bangsa kita cepat maju.  Tetiba.  Oh ya, sekarang aku dah mula merendek-rendek ke luar rumah bershopping dengan kaki berbalut 'pampers' orang dewasa.  Kaki makin OK tapi air mula keluar la pulak, nanah takde lagi macam dulu.  Ada gak pedih-pedih tu terasa especially bila air mengalir dan bila pijak lantai sejuk sebab sekarang musim hujan.   Adoi.. memang tensyen bila memikirkan yang pada 2 Januari nanti aku kembali bertugas.  Rasa nak berhenti kerja pun ada sebab terasa syiok cuti 2 bulan ni.  Hahaha....

Kesian, cik abang keletihan lepas mengangkat perabot

Penat toksah cakaplah, mana dengan melayan pelanggan kat hp, dengan membungkus barang lagi, kena hantar ke terminal bas dan poslaju lagi.  Nak dijadikan drama swasta tambahan, ofis call pulak suruh aku siapkan minit mesyuarat dengan hq.  Geram haku tau.  Kerja kat rumah aku tak menang tangan, kau suruh aku buat minit pulak?

Oraits.



Hmmffttss.. nampaknya semua almost settled.  Tinggal nak gantung langsir lagi daa.

OKlah nak tidur dulu... besok kena bangun awal amik stok minyak angin.  Banyak benda nak dibuat besok.  Minit jugak yang tak siap-siap lagi.  *sigh

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan