Merry Christmas from Los Kings

By Mizz Coki - Disember 27, 2013

Waaahh Los Kings katanya, sekali-sekala fe-feeling Sepanyol tak salah kan? Hikhik...

Ya ampun, memang havoc habis musim Krismas kali ni.  Tak termasuk sangat special sebab first time kita beraya kat umah baru.  Umah baru kau hahaha.. ayat tak hengat. Takde barunya...perasan!  First time kita bertiga anak-beranak no ibu bapak no mertua memang kami sendiri lah sekarang dah berdikari selepas 14 tahun dok dengan mertua.  Bahagia?  Toksah cakap, dok sini pun terasa macam holiday, ramai kata kita macam dok kat resort. Hampeh, berenang kat pool pun aku belum nak 'merasmikan' lagi, gym pun aku belum try lagi.  Kaki masih buat hal.. tapi sekarang kaki aku dah bertambah kering (terik gila!) tak basah macam dulu, so hopefully dapatlah beraksi kembali ke ofis ku selepas 2 bulan bercuti.

Ni muka belemuih sebab bertempur kat dapur.... Pergghh feeling2 Masterchef All Star sekarang *Halo Karl Shafek yang comel* lol.

Buah hati dua orang ni... kesian, lepas tetamu balik je dua-dua terbongkang atas sofa.

Deko ala bubu caca @ cacamarba je tahun ni.  Langsir tak sempat tuko lah wei!
Langsir memang dah beli, sedihnya tak sempat nak gantung.  Bayangkan pada 24 haribulan kami laki bini masih gigih menghantar dan mengepos barang-barang kat customer, sebab nak cuti katakan, kedai tutup kejap dan bukak balik pada 29 Disember ni.  Dapat kek free dalam dua loyang lak dari supplier ku khas dibawak dari Sambas, Indonesia.  Original kek lapis Indonesia kau... Rasa tak kalah dengan Sarawak punya kek lapis tapi ada over manis sikit.  Kena berjaga-jaga makan sehiris dua cukupler.. Kang gula naik mampusss hahaha.  Tahun ni aku masak ala kadar jek, Rendang Ayam, Black Pepper Beef, burung Puyuh goreng tepung KFC, Sayur Campur dah tu je.  Simple kan?  Tapi terima kasih tetamu semua sebab puji sedap (ikhlas ke uols? Ekekeke...) dan lauk hampir licin menjelang pukul 4 petang. 

Yang bestnya, ada tetamu jauh tau, dari Sabah.  Sanggup naik teksi meredah hujan gi umah kiterang sebab nak ambik minyak angin.  Rezeki masa Krismas. Syukran.  Pastu kat hp pun tak henti-henti order masuk walaupun aku dah announce kat FB yang kedai tutup sementara.  Penangan minyak angin tu semua jadi gian.

Esok hari ketiga Krismas, tak pernah-pernah open house tiga hari.  Masa dok ngan mertua dulu kan, bukan nak cakap apa, jarang member nak gi umah.  Tapi sejak pindah ni, Mak, makcik, saudara-mara dan kawan-kawan ramai datang bertandang.  Minggu lepas aje, tiap-tiap malam kami terima tetamu, ... layan kan lah sebab tetamu tu bawak rezeki kan?  Rasanya lebih 'bebas' nak berbual-bual sebab takde telinga lain mendengar kut... yelah, tak semua masalah /hal ehwal my family, my in laws kena dengar.  Terima kasih yang penuh kasih sayang dan cinta buat hubby yang akhirnya..... mengalah dengan pujukan aku untuk tinggal kat luar dan berdikari.

Sebab itulah Krismas kali ini sangat bermakna.....

OK, chow dulu.  Esok kena bangun awal pagi gila sebab kena pegi pasar, nak beli barang sikit, maksu dan family serta ada rakan-rakan bisnes datang umah.  Jadi masterchef lagilah ni besok.. harap-harap hujan malam ni akan berakhir... 





  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan