Syurga Dua Bulan Ku

By Mizz Coki - November 14, 2013


Noks...

Mungkin ada yang hairan bila melihat status ku asik-asik dok masak, kemas rumah, membebel, macam Free je, macam free je , macam free je! 

Hehehe.... tak berani nak bagitau mesti ada yang melopong kenapakah perempuan ini sangat FREE gila.  Tak keje ke?

Ye...
memang.. mulai 1 Nov - 31 Disember... diriku cuti tanpa gaji, diulangi cuti tanpa gaji selama dua bulan!  (Mak aiii.. tak sayang gaji ke?????)  Keputusan ni lama dah dipikirkan, sebelum bulan Jun tahun ni ... aku dan bestie ku yang tahap Ratu buat kek (masyuk wooo dia...!) merasakan nak test power buat bisnes.  Hahahah.. jahanam punya alasan.

Actually, aku dah letih... tidur pukul 3 pagi setiap malam, bangun jam 6 pagi ...... balik kerja sampai kat rumah lepas uruskan semua - masak, makan, lipat kain baju, teruslah bukak resit manakala encik suami pulak bungkus-bungkus barang.

Nak harapkan ujung minggu bangun lambat? Kau salah!  Bangun jam 6 pagi jugak weh... amik barang, nak restock kedai online.  Dah terbiasa dah dan tak pernah aku tertidur kat ofis.  Kesian kan bila dikenangkan balik.

Jadi sekarang ni.. bangun 7:50 am everyday, buat breakfast... masukkan pakaian kotor dalam mesin basuh.  Pastu suami akan tolong sapu dan mop lantai.  Pukul 10 pagi, lepas breakfast makan ubat... Pastu bermulalah episod meninjau sms/viber/whatsapps.  Harus ko tau tak..... kalau lambat jangan terkejut bila tengok mesej sampai 30 ketul pastu habislah.. terpaksa layan satu persatu.  Pukul 11:30 am tanak nasi dan prepare untuk lunch.  Selama aku sakit ni, encik suami kalau boleh dia tak mau aku buat kerja macam memasak, mengemas.. tapi aku rasa macam cacat dan serius kalau aku katakan aku dah muak dengan nasik tapau dari luar.  McD, pizza, KFC, Sugar Bun aku memang tak boleh terima dah tekak ni.  Lagi-lagi sekarang ni adik bongsu aku tinggal dengan kami sebab UiTM tengah cuti semester.  Lagilah kau berselera makan adik-beradik.  Kalau dia balik rumah Mak kejap, aku rasa macam kehilangan besar la pulak.  Yelah, sekarang kami dah dok sendiri... bertiga saja kaedahnya.  

Apa-apapun, diharap dan doa-doakan lah agar selulitis kaki aku ni sembuh sepenuhnya sebelum Krismas nanti.  Takut kang tetamu bertempiaran lari melihat kaki monster ini hahahah!!  OK, dah pukul 1 pagi dah... nak tidur dulu.  Take care korang!

xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan