Nasik Lemak Tengah Malam Ku

By Mizz Coki - November 18, 2013

Memang syurga bebenau lah sejak cuti dua bulan ni.
Tak termasuk lagi tidur malam pun dah terabai.
Rasa macam hantu je pukul 2-3 pagi masih mengekek, main gitar, masak, nyanyi, laptop, games, tv.
Adooi..

Sila lihat foto ini:


Elok-elok je lepas AF10 final, tak gak nak masak ke apa.. Tapi tetiba kaki ni meragam.  Nanti cite pasal kaki.
Bila dibawak bejalan, sedap pulak.  Bila duduk, sakit perit gila.
Last-last amik piyok, tanak nasi lemak.  Taruk santan, garam, hirisan halia dan serai ketuk.  Daun pandan takde noks.  Gunakan kreativiti yang ada kan.
Adik dan laki aku pun terkejut gila apa pukul 12 tengah malam aku pi blender cili.  Nasiblaaaa kau labu.
Tak lama lepas tu semerbak harum satu rumah hahahah, pastu depa dua orang ni asik tejenguk-jenguk ke dapur sebab tak dapat menahan keenakan bau nasik lemak hahaha!  Hepppp! ni untuk breakfast besok OK?  **yelah tu!

Alih-alih, masak je nasik... jahanam nasik lemak aku.  Tak dapat menunggu besok.  Dengan aku sekali join sekaki HAHAHAHAHAH!!!!

...................  errrkk habis tu apa nak dimakan besok pagi???


xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan