Jiwa Kacau

By Mizz Coki - November 26, 2013

Dah berapa hari dah adik bongsu aku balik ke kampus.
25 Nov dah mula kuliah balik.
Baru Sabtu lepas dia balik, petangnya aku dah rasa kosong yaaaamaat.
Sejak aku sakit dia dok ngan kami, kebetulan cuti semester.
Dialah yang tolong laki aku angkut stok, kemas rumah, buatkan Milo untuk aku.
Kiterang memang spesis burung hantu.
Pukul 3 pagi masak mee segera, main game Avengers kat Facebook, tolong aku memasak... 
Rasa pilu bila tengok bilik dia.... tengok tilam dia.... 


Jarak umur kami 15 tahun, dah rasa macam anak sendiri, bukan adik.
Nak tau kenapa?
Masa mak aku beranakkan dia, mak aku terpaksa caesar.  Dia melintang dalam perut sebab mak aku jatuh dari motosikal, eksiden ngan bapak aku.
Jadi nak dijadikan cerita, dia kena jaundice.  Jadi kena amik darah kat poliklinik.
Bapak aku manade kereta?
Nak tak nak maksu aku bawak dia dan aku pun ikut sekali sebab aku kena bawak dia balik naik bas jugak.
Bayangkan, budak umur 15 tahun, bawak adik dia yang belum cukup seminggu umurnya dalam bas.
Kuching - Samarahan time tu memang amik masa 45 minit uuuu naik bas.

Bapak aku meninggal masa dia tingkatan 4.  Jadi secara otomatik tanggungjawab persekolahan dia aku dan suami aku yang uruskan.
Dari pendaftaran UiTM, bayar yuran tiap-tiap semester, dengan belanja dia aku yang bagi.
Belum lagi termasuk masa mula-mula nak masuk beli pakaian, baldi, cadar tilam, makan ratus-ratus jugak untuk persediaan dia.

Semester ni, diharapkan dia lulus sebab inilah semester terakhir dia.  Bapak mesti bangga kalau baca blog ni.
Aku sayang sangat-sangat dia ni.  Bukannya tau nak cakap TIDAK kalau kau suruh dia buat kerja.


Dia nilah adik yang paling rapat dengan aku. Kiterang satu kepala.
Ted, aku sayang sangat-sangat kat kau adikku.
Kalau kau rasa bosan you're most welcome to this house.
Bilik kau pun aku akan kemas tiap-tiap hari.
Nanti aku belikan kau selimut baru ye?

Dahlah... sedih dan sebak je tulis entri ni.
Air mata aku jatuh dah.....


xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan