Cita-Cita

By Mizz Coki - November 29, 2013

Cuti sekolah.
Buku dan belajar pun cuti.
Tak terkecuali dak Gabby.

Foto cilok from my girl's Instagram

Foto kat atas ni kan, .. ada cita di sebaliknya.
Papa mengamuk sebab dia 24 jam dengan laptop.
Ha, amik ko malam ni ko jangan bukak laptop.
Sekolah bermula Januari, Papa suruh dia belajar Sejarah Tingkatan 2 Bab 1.
Dengan Papa dia tak berani.... tarik muka siput sedut terus amik buku buat nota.
Uiii.. tarik balik laptop dia guna hp sempat amik gambar masuk Instagram.

Aku buat-buat muka toya je bila Papa gertak dia.

"Kau nak jadi apa dah besar besok?  Sekarang pun dah susah graduan nak carik keja, kalau kau fail SPM senang je aku hantar ko jadi waitress kat Siang Siang Corner, padan dengan muka ko.  Kawan ko jadi boss, makan kat situ ko amik order... MALU TAK???"

... bila marah Papa dah reda, baru dia jinak-jinak , cium-cium Papa dia pastu dia bagitau something yang aku takkan lupa sampai bila-bila....

"When I grow up, I wanna become a doctor.............. BUT I WILL ONLY WORK ON MORNING SHIFT SO THAT I CAN COOK DINNER FOR MY FAMILY".

Serius.  Terkedu aku.

Pengajaran dari entri ini, ko jangan sesekali bawak cita opis balik umah (sebab aku salu komplen ramai doktor yang tak tahan kerja 2 shif).  Kedua, ko jangan komplen yang kau terpaksa berkejar-kejar balik ke rumah macam ribut atas alasan nak jimat duit, tak nak makan kat luar, nak masak dinner kat rumah.

Sangat-sangat memberi perhatian budak ni.

Adoi....

xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan