Bila Angin Rajin Bertiup.....

By Mizz Coki - November 22, 2013

Petang ni tak ujan macam biasa.
Maka jadilah plan papa nak bawak Gabby dan adik aku berjoging.
Hmmm.. apa nak masak ek petang ni?
Oleh kerana kuali dua muka aku dah sampai (Happy Call) maka inilah saatnya untuk beraksi di dapur kan?
Aku dapat ni pun nasib kut?
32cm memang seratus lebih.. aku dapat RM95 je free shipping lak tu dari Lelong.com.
Aku rasa memang kuali aku tu last stock, bila aku dah purchased tetiba ke OUT OF STOCK kat kedai orang tu.
Rezekiiii...

So, ada daging lebihan aku buat daging masak sos tengah hari tadi.
Apa lagi.. lumur dengan lada sulah, gula sikit dan sos tiram.
Tunggu lebih kurang setengah jam, aku guna api kecik siot.
Hiris besar2 sikit.
Sayur salad.... pastu sos salad aku guna lemon sebijik perah, masuk sesudu makan madu, lada sulah dan garam.  gaul lebih kurang dan parut keju.

Pergggghhhhhhh!!!

Jemput makan cuci mata ye?



Mabelesss mabelesss, semua berebut makan!
Plan besok adalah ayam bakar/panggang ala Mizz Coki.
Yesss!

xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan