........ Masih belum sembuh sepenuhnya!

By Mizz Coki - Oktober 29, 2013

Mak oi.  Macam-macam je berita kat tv kat internet sekarang.

kes tembak kat Ambank.....

team Sarawak kalah agregat tapi berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di padang sendiri, weehoo!

implementasi GST mulai April tahun depan?

Aliff Aziz dengan Ain AF8??

Nyeeeehhhh... OK.  Now update untuk diri sendiri.  Tak nak balut kaki since incident melekat sampai meraung nak tanggalkan pembalut.  Memang menjerit-jerit lah dibuatnya.  Solusi terakhir adalah menyapukan gamat gel pada luka, pastu sekali sekala kena basahkan kaki supaya tak terasa terik dan tegang.  Sekali sekala, gunakan tissue untuk mengelap air yang mengalir dari kaki.. huhuhu.. jalan pun terpaksa berlapik dengan tuala.  

Tidur pun kena alaskan kaki dengan plastik, pastu kaki kiri balut dengan kain sebab aku kena tidur mengiring baru syiok.  Jadi kaki kanan yang basah tadi bolehlah diletakkan di atas kaki kiri, baru lah lega sikit dan dapat tidur nyenyak sampai ke pagi.  Toksahlah cakap pedih nya bila bangun sebab kering kan?

Tu yang luaran, dalaman pulak dengan Gamogen, Antibiotik, Papase, Voren, Tramadorlol.... rasa macam overdose pulak. 

Bila dah sapu gamat barulah kulit mati dapat dikopek dengan senangnya.......


Ngeri tak?  Ini baru permulaan.... hahahahahah!






xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan