Eh? Dah Oktober rupanya....

By Mizz Coki - Oktober 03, 2013

Lama tak apdet blog macam-macam hal dan aktiviti yang membuatkan weols sibuk uols.  Bermula dari Ogos, anak bujang mak yang sulung sudah melangsungkan perkahwinan adoiiii penat gila time ni!


Flower girl, rambut dan mekap by Mama. Uhuk uhuk.  Macam mata Nefertiti isteri Firaun la pulak kan?  Ni lah payah nya kalau takde kelopak mata.


Ni pulak Mak, bersama menantu dan besan.  Mak gua kebaya peach tu.. Kurus kecik kan? 


Ini mak hayam besaq!  Korang tengok gambor ni mesti pikir aku over giler. Hahaha. Idoklah gitu.  Sebenarnya tengah jemput derang amik makanan.... hahahahahah


..... dan selepas 14 tahun.  Kami memutuskan untuk hidup berdikari.  Banyak drama Korea dan drama swasta terjadi dengan penuh kontroversi bila kita tiga beranak tetiba je nak keluar dari rumah.

Alasan2 yang diberikan :
1.  business makin berkembang, tiada tempat penyimpanan stok.
2.  Tak segan malu jemput customer gi rumah.  Rumah lama macam Taska Tadika Taski rumah tumpangan jek.
3.  Mahu privasi
4.  Tak perasan pulak eh eh jimat lagi belanja dok sendiri.  Yelah hanya ada 3 perut untuk diisi.  Kalau sehari kasi makan 6-7 orang mampus!
5.   Boleh ajak kawan2 datang rumah, parti2 ke, coffee2 ke tanpa ada penyibuk nak intip apa korang bualkan.

Yang penting, aku pernah baca kat sapa punya blog tah.... ingat pepatah ini...

"DEKAT BAU TAIK, JAUH BAU WANGI"  Jadi takdelah aku nak meroyan lagi kat blog seperti selalu dan kuranglah dosa aku mengadu problem kat sini.  Beb, zaman moden sapa masih dok ngan mertua/mak bapak?????  Nak-nak mertua jenis berpelajaran dan pandai drive kereta sendiri.  Kalau kekampungan takpe jugak kan? Hehehhe... Pedulikla korang nak kata apa, yang pasti sekarang aku, Papa dan Gabby semakin rapat dan sayang-menyayangi.

xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan