Demam Panas yang Teruk

By Mizz Coki - Oktober 10, 2013

Alkisahnya,...
Lepas pindah rumah baru, takde rehat.
Balik kerja, terus kemas-kemas apa yang patut.
Mana nak memasak, mencuci, pastu sedar-sedar jam dah menunjukkan waktu 11 malam.
Bermulalah kisah suami isteri bukak resit, sorang bungkus minyak angin.
Customers pulak menggila bulan ni, rezeki kami kut, syukur kepada-Nya.

Bila dah letih, jam dah pukul 3pagi, terlentok kat sofa la pulak.
Seminggu kami tak baring kat katil tau.
Dengan tingkap terbukak lagi.. mana la kepala tak masuk angin.

Tup tup pada suatu malam lepas balik kerja.  Rasa tak enak badan.  Ngilu dari hujung kepala ke hujung kaki.  Bagitau cik abang tak larat malam ni nak masak, rasa nak muntah pun ada.  Ni mesti masuk hangen dah.  Baru merasa nak baring kat katil, badan dah rasa satu macam.  Makin lama makin menggeletar satu badan, menggigil-gigil.  Langsung tak dapat nak makan malam tu.  Nasib baik laki akak jenis berdikari, dialah yang masak dan cuci baju.

The next morning, makin menggila panas badan haku.  Last-last hubby pergi call my boss dan bagitau yang aku dah tak larat nak bangun dah.  Hari kedua, kaki kiri kembang.  Hairan jugak, kemerah-merahan gitu.  Membesar bagai johan.  Kembang dari lutut turun ke betis.  Berat rasanya terdengkot-dengkot berjalan.


Macam nilah merahnya tapi kaki mat salleh ni kecik lagi.. kaki haku dah serupa kaki mak gajah untut dah.


Hari ketiga terus ada gelembung-gelembung air di sekeliling kaki, habenglah.. habenglah..... kalau pecah habislah aku kali ni.

Ni foto ori kaki aku. Saja aku cropped kan kalau bagi gambo penuh korang boleh muntah kat meja sekarang.  Time ni sangat gatal tau, kulit yang berair, betukar jadi putih dan mati.  Masa nilah paling sodap sekali .. aku lurutkan aje, tanggal semua kulit mati.  Macam korang kopek masker muka Korea camtu lah rupa gayanya.  Bau hanyir bhai..... ptuih.

Bila dah terkopek, tinggallah isi yang kemerah-merahan.  Laki aku pergi buat dresssing memang 'sedap' sekali tau.  Dia pergi spray kan antiseptik kat satu kaki aku meraung macam mati kucing!!  Serius!  Rasa nak tercabut kaki time tu jugak.  Sangat sangat sangat sakit sampai nak terkencing dan terberak atas kerusi!  Pastu dia cap-cap kan pulak iodin aku rasa dah nazak dah time tu.. tapi eh eh iodin ni menyejukkan sedikit kepanasan kaki yang kena spray dengan antiseptik tadi.  Rasa nak cramp pun ada otot betis aku time tu.

Sekarang, kulit dah mulai kering dan kehitaman, tak merah menyala macam memula.  Time nilah sedap rasa nak amik je garpu atau berus pakaian pergi garu-garukan kaki ni.  Dan parahnya lagi, aku dibagi mc selama... *hitung jari sat*  9 hari.  Memang langsung tak boleh bekerja dibuatnya.  Yang peliknya kaki ni kan, takleh duduk kat kerusi lama-lama.  It's either aku duduk kaki yang sakit letak atas sofa ataupun berjalan terus!  Bila berjalan rasa enak la pulak.  Habis takkan la ku kat ofis nak tawaf satu bangunan habis tempat aku sapa nak duduk?

Paling seksa bab makan.  Aku kena pantang takleh makan telor ayam, seafood, ikan pari pokoknya apa-apa yang menggatalkan.  Oleh kerana gedik takleh dok diam kan.... aku masak ler apa-apa yang patut.  Seronok si Gabby balik sekolah, atas meja ada kari daging lah, sup ayam lah, kobis masak lemak lah, ikan masak lemak dan ape-apelah lauk yang tidak menggatalkan.  

Rasa ringan beban dan sakit kaki bila tengok dua beranak makan dengan lahapnya.  Pastu bab cuci pinggan laki aku lah dan Gabby menjadi sukarelawan sorang cuci pinggan dan Gabby sekarang dah pandai cuci baju guna mesin.  

Ada hikmahnya bila dok sendiri.... anak aku dah tak manja lagi.  Dulu semua nenek yang buatkan, dari kemas bilik tidur sampai seterika baju sekolah ..... Dan paling best sekarang aku dah perasan mata sepet aku pun makin bulat.  Pipi aku dah turun sedikit... ada chance lah aku kurus kalau macam ni terus-menerus!  Bukan sakit... tapi super aktif katanya....... Hahahaha!

Oklah nak baring ni sambil tgk tv.  Mata pun tak ngantok lagi, pukul 6 kena bangun ni buat breakfast pastu standby nak amik stok minyak angin Fresh Care kesayangan aku tu.  

ni baru seminggu sakit.. mata panda sudah nampak.  ehem. gambo censored ye sbb nak pergi mandi.  Heheeh.. amacam, ada perubahan tak? *perasan!*

Semoga makin murah rezeki kami kat rumah baru ni, tukar Feng Shui ma!

xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan