Aku Manusia, bukan HumanBot

By Mizz Coki - Oktober 14, 2013

Semenjak sakit ni kan, hati ni mudah sangat terguris.  Nak-nak kat customer yang tak reti dan paham bahasa.  Setakat ni kalau jenis yang maki-maki aku, aku block kan aje kat handphone.  Bukan rezeki, ... takpe.  1 hilang 10 datang.  Itu prinsip aku, ramai lagi customer yang berbudi bahasa dan baik hati.

Dan yang menyedihkan, aku letak kat FB page, kalau aku lambat reply, aku tengah bekerja... boss depan mata takkan aku nak jawab panggilan nak beli barang.... nak reply harga minyak angin dan sebagainya.  Pelik.  Aku sentiasa akan check hp aku lebih-lebih lagi waktu lunch, baru dapat melayan pelanggan.  

Semalam aku terlepas beberapa kali makan antibiotik.  Sudahnya kaki aku kena infeksi dan aku kena demam panas malam tadi.

Aku terbangun jam 10 pagi tadi, ramai customer 'menyalak'... bila nak hantar barang.  OMG.  Sabar ajelah... rezeki masa sakit.  Sebenarnya semua barang dah di bungkus malam tadi.  Pagi ni encik suami dan adik bongsu aku yang hantar pergi terminal bas, poslaju dan buat C.O.D.

......  *sedih bila orang tak paham kita tak sihat ni.  Dah bagitau berkali-kali pun mana orang peduli.

....rasa nak panggil je batu belahhhh... batu bertangkup!


xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan