Facebook - Tempat Memprotes

By Mizz Coki - Julai 05, 2013


Bagus.
Aku pun suka meroyan bila update status FB.  Nak-nak bila tension.  Seronok dan lega lepas tu.
OK, sila lihat coretan anak aku pulak.  Mak nya tak payah lah ye...


Ini baru sikit beb.  Banyak lagi yang dia dok ngomel dlm FB amboi ko lupe kah anakku yang mak mu ini ada dalam Friendlist nko?  Nantilah tengok weekend ni nak buat apa dengan budak demok ni eeeeii dah pandai komplen ko nak ye... takpe.. takpe.. akan dipertimbangkan ... ihihihh.... awasss...

Yang mak nye pulak lain citer.
Well few days ago, aku letak ler fakta kat FB.  Kononnya berbunyi, blum masuk bulan posa borang personal loan dah sampai dah kat meja mintak boss approvekan. (Masa tu aku memang biol dengan kerja dan sakit kepala) pastu aku adalah macam ugut2 manja kata, Kesian boss, kalau ikut rasa sakit hati  nak nak aku humbankan borang korang dalam lori MPP (Majlis Perbandaran Padawan).  Sudahnya korang tau apa jadi?

Pukul 5pm petang kat punch card ratusan mata membaca hasil coretan aku.  sms kat hp tak henti2 berbunyi, aku bukak dan nampak sebaris ayat berbunyi, "Pat, ada orang sabotaj kau, sabar ye..".  Pastu colleague aku lari-lari masuk dalam toilet masa tu aku tengah membuang hahaaha... Dia siap bawak kertas yang orang tampal kat papan notis, aku suruh dia koyakkan serta-merta sementara aku delete kt FB mobile.  Geramm dan marah aku masa tu Tuhan je tau.  

Well pesanan manja ku utk manusia yang pergi pedajalkan aku tu ada few things aku nak clarify kat sini:

1.  Ko dah main api ngan orang yang salah.  Aku gajah, engkau semut.  Baik dari segi fizikal badan dan kedudukan kekananan kita.

2.  Ko kena ingat, dengan mempamerkan nama dan wajah aku sekali kat notis bod tu telah melayakkan engkau untuk masuk kategori mempermalukan aku di khalayak ramai.  Aku tak sebut pun nama siapa yang nak berhutang bukan?  Tapi ko cetak dan tampal FB aku ..... kalau aku dapat tau sapa engkau... aku nak saman malu, paling kecik aku mintak RM500 ribu.  Setengah juta OK???  Biarkan ko merasa takdak gaji nak bayar saman malu aku tu.

3.  Engkau lelaki pengecut takdak telo.  Aku yang perempuan sekurang-kurangnya berani menyuarakan kebenaran.  Yang kau pulak diam-diam pergi print dan tampal sesuka hati.

4.  Aku gajah engkau semut. Ingat tu semut...... aku sembur ko sekali je dengan Ridsect.. Ridsect tu sebelah bilik je bhai.... aku petik sekali je sbb aku yang paling hampir dengan dia.

5.  Dah tau gaji kecik, ko keje kat kesihatan, ko tak pernah dengar perkataan PERANCANG KELUARGA ke?????  Alasan nak berhutang tak lain, anak ramai, nak renovate rumah.  Yang kisah renovate rumah ni famous last year.  beriya2 nak loan.. bila duit keluar.. terus isi borang lawatan ke luar negara.. nak gi Bandung Indonesia... aku yang gaji 3 kali lipat gandanya dari baki gaji mamat ni pun seriau, takut nak spend duit ke luar negara.  Bukan sorang dua yang pergi.. siap datuk nenek lagi mak oiii... 

Mintak maaflah.  Aku berasal dari keluarga yang susah.  Tak reti nak berlagak bagai.  Kasut kerja aku mana pakai jenama yang mahal2, aku beli online je dari Zalora, sebab saiz kaki aku 41.  Harga kasut semua di bawah RM40 ok?  Boss aku pangkat Jusa C ok??? kasut dia jenama BATA.  ambik kauuuu BATA ye....bukan Prada.  Gaji boss aku kasar RM22 ribu sebulan, dia Pakar Perunding Kanan.  Aku bukan racist tapi kita bumiputera ni lagak je lebih.  Masa aku skolah rendah dulu.. mcm jaki je tengok anak penjawat awam.  Untung.. mak pak gi kursus ke KL satu keluarga ikut... dok kuarters, gi skolah naik kereta.

Hakikatnya, Penjawat Awam lah yang paaaaaaaling ramai berhutang.  Nak kawen pun berutang.  Silap aribulan, rumah tangga kandas di tengah jalan, hutang bank rakyat belum langsai.  Ni satu lagi penyakit, asal nak puasa nak raya mcm lah kat Kuching ni satu kedai pun takde.... mesti nak ke KL nak ke KL.. sakai. Nilah antara penyumbang hutang.  Buat loan personal, dalam 3 hari dah approved pastu booking flight konon2 shopping raya kat KL. Sakai lagi.

Bulan Julai ni, satu lagi kenaikan gaji untuk penjawat awam termasuk aku.  semua bank macam buaya menganga mulut tunggu orang campak bangkai je sekarang... sebab bila gaji naik, peratusan untuk meng-loan juga ikut naik dan semua orang akan berebut-rebut nak buat personal loan.  

........ dan macam biasa, akan dilonggokkan dalam tray aku dan boss.


xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan