Demam Akhirnya...

By Mizz Coki - Julai 29, 2013

OKlah tu, masuk Julai tahun ni baru dapat demam panas. Nampaknya eksperimen berhasil.  Korang jangan malas makan Vitamin C.  Aku dalam satu hari kena makan sampai 2000mg baru tak keluar ulcer kat lidah, mulut, bibir kering dan tanda-tanda badan panas yang lain.


Datang lagi benda ni. Haha.  Tak boleh jauh punya, macam dadah pun ya.   Ketagih betul nak-nak bila kena demam selesema.  Pakej lengkap didatangkan dengan suhu badan 38 darjah celcius.  Satu hari aku dibagi MC.

Kisah MC tak abis lagi, ni kisah Iftar,

Peking Duck (aku nak muntah, hanyir semacam jekkk..)

Satay ayam ada macam mentah sikit, satay daging terlalu sikit dan ada rasa 'masam'.
 Kita anak beranak bukak posa kat The Banquet.  RM48 satu kepala.  Not bad lah murah sikit kalau dibandingkan dengan kat hotel.  Ala.. makanan sama je... maksud aku bukan menu nya.  Tapi jumlah yang masuk kat perut engko.  Aku rasa jumlah yang kiterang makan tak sampai pun RM48 kut, haha.  Aku first round amik kangkung celur, daun kobis dan kacang panjang.  Siap siram kuah pitis udang dan kacang tumbuk tabur.  Sedap.  Second round pulak ambik nasi goreng sikit je, pastu lauk ayam rendang, udang goreng tempura dan sayur campur.  Selain daripada tu aku amik la makanan kat pinggan papa dan Gabby, hahahaha.. satay, kuih-muih, chicken chop, .... buruk lantak kan?

Drama aksi bersiri pun dimulai seawal 11 malam.  Ye... aku kena cirit birit.  Teruk gila berak.  Dr. bagi MC lagi.  Katanya perut aku masih "grak grokk" bunyinya.  Sabo jelah.

Aku rasa boss pun perasan yang kualiti kerja aku makin 'kureng' belakangan ni.  Asyik cuti je manjang.  Hahah.. rasa-rasanya, mungkin jadi kut aku nak apply Cuti Tanpa Gaji bulan Nov-Dec.  Cuti aku tinggal kurang dari seminggu hahaha percayalah ....

Jujur aku nak kabo kan di sini bahawa aku rasa tidak dihargai, tiap2 minggu amik minit je untuk mesyuarat pagi, mesyuarat pengurusan, mesyuarat validasi.  Tak dicampur lagi aku sekarang ada dua lagi hutang minit mesyuarat bahaya asbestos dan lembaga pelawat hospital.  Memang takde keje lain melainkan amik minit je kaedahnya.  Pasal itulah aku sampai hilang idea nak menulis.  bukan senang nak buat ayat rasmi dalam minit oiiii.. korang jangan terasa, PA-PA kat hq semua merasa pergi kursus yang ribu-ribu dapat tengok artis lagi kalau pergi konferens masa Minggu Setiausaha.  Aku??????  Makan hati berulam jantung tengok gambar derang kat Facebook bersuka ria.

So dengan ini aku balas dendam dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada.  Internet dan aircond free.  Berniaga online.  Doakan kejayaan aku untuk meyakinkan ahli keluarga yang lain yang aku nak berhenti kerja dan makan gaji sendiri.  Ameeeeeen!!


xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan