Pemusnah Foto yang Tidak Tidur Semalaman

By Mizz Coki - Jun 26, 2013

Sila rujuk tangan di sebelah kanan foto.  Yang gemuk-gemuk tu.


Korang perasan tak kalau bergambar ramai-ramai tak kira with buddies or family members mesti ada beruk seekor pedajalkan gambar.  Dalam keluarga kami selalunya aku.  Tangan kat atas tu aku tengah tunjuk seaweed popia yang mak aku buat.  Sedapp..

Gambar tu penyedap cerita je hahahahha actually lama tak berborak sini ok.  Korang pepahamlah aku sekarang buat dua kerja.  Siang keja opis, malam keja opis gak , opis bilik tidur .... Ye bilik tidur dah jadi markas operasi berniaga.  Inilah yang bestnya buat online biz, ko tak payah nak gajikan kuli, tak payah nak sewa kedai bagai.  Yang penting, mata ko tahan dan ko mestilah bersedia menjadi burung hantu dan bermata beruang Panda sepanjang hayat kau.

Ahad yang lepas.... aku tak tidur semalaman. Kenapa?  OK, ceritanya begini.  Aku biasanya bawak balik keja ofis pada ujung minggu.  Sambil2 download movie apa salahnya siapkan keje yedak.  Tak disangka-sangka, barisan pelanggan punyalah banyak booking nya, mau tak mau, dua-dua kena siapkan bungkusan.  Mana  yang nak dihantar naik bas pergi Bintulu, Sibu, Miri.... mana yang nak dihantar ke Pos Laju.  Nampak gayanya kalau tiap2 hari begini kami akan gunakan perkhidmatan PosLaju yang kutip dari rumah tu.. 

Bungkus punya bungkus sambil dengar radio, kami berjaya habiskan kerja pada jam, 2:45 pagi.  Lepas tu dua-dua kelaparan.  Masak pulak mee segera (mie instan Sarimi).  Penat wehhh... mana tak lapar.. Habis makan takkan nak tidur kan... so tiba-tiba teringat minit mesyuarat belum siap hambiiikkkk kauuuu!!  Buat satu mug besar Nescafe, aku habis menaip jam 5:10pagi.  Lepas tu pergi berus gigi dan mandi dan bersiap untuk kerja.

Seriously, aku tak ngantuk.... cuma rasa nak minum kopi je seharian Isnin lepas....   kerja beres kat ofis, tapi kat dalam kereta masa amik Gabby pulang sekolah aku 'pengsan' dari jam 5:10 petang sampai 6:35 petang.  Tu pun hubby tolong bangunkan sebab aku memang dah berdengkur macam gempa bumi dalam kereta.  Orang belanja makan wehhhh...(thanks darling!)   dengan tak malunya bingkas bangkit dari kerusi kereta dan selambanya bertanya;

KITA KAT MANA NI?? KAT MANA NI?? MANA TEMPAT NI???

Rambut kusut masai tak sikat.
Ada bekas ailio sikit kat pipi kanan.
Tapi tetap murah dengan senyuman... orang nak belanja makan kankankan?
Perut punya pasal hahhahahah!!!





  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan