Edisi Seram ~ "Sapa lah yang call tadi?"

By Mizz Coki - Jun 06, 2013

Kisah ni kan kisah betul-betul jadi masa aku masih kat ofis lama.  Masa memula pindah bilik, aku share bilik dengan Unit Kejururawatan.  Jadi dengan secara tidak langsung kalau telefon derang berbunyi dan bila orang takde kat situ aku kena tolong jawab, tak kisah pun...aku kan suka membebel hahahaa......

Dipendekkan cerita, satu hari tu aku jawablah panggilan, ada nurse yang nak pindah.  Dia tanya, "macam mana dengan application saya puan? saya dah hantar haritu.."  aku jawablah yang derang akan bagitau kalau diluluskan dan kena tunggulah surat dan sebagainya.  

Beberapa jam lepas tu kakak nurse yang sama ofis dengan aku pun balik tah dari mana pun aku lupa.  Aku pun cepat-cepat bagitau pesanan daripada nurse tadi.  Pastu dia pandang aku semacam sambil menjengilkan matanya.  Macam nak makan orang pun ada.  Aku tanya, akak kenapa???? Kakak nurse tu tanya details, dari mana panggilan tu datang, sapa nama pemanggil nya dan macam-macam lagilah.

KAU BIAR BETUL, KAU JANGAN MAIN-MAIN... NURSE TU BARU JE MENINGGAL MINGGU LEPAS, TAK SEMPAT DIA NAK PINDAH KE KUCHING NAK SAMA DENGAN LAKI DIA.

Pastu, takkan ada manusia yang sanggup buat hal nak berlakon bagai kat telefon kan?  Terus takde mood nak kerja haritu, badigol betul.

Soalnya sapalah yang call tadi???

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Terima kasih, sayang uols!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan