Akhirnya Ku Potong Jua

By Mizz Coki - Jun 09, 2013

Cuaca panas kan, rimas gila.  Selama aku bercuti Gawai ni ruam naik satu badan terus macam kena demam campak dan berjerawat merah badan aku, huhuhu. Tak suke.  Hari ini, aku punahkan impian nak simpan rambut panjang untuk majlis reception adik aku Raya kedua nanti.  Macam biasa aku pergi potong kat Lyn, kat area Stampin Baru tu.  Kedai kampung je noks, tapi hanya tangan Lyn saja yang dapat mencipta penampilan aku daripada sorang makcik kepada wanita muda yang 10 tahun lebih muda dan nampak fresh serta comel #perasan.

Lyn:  Waaahh.. lama lu tidak latang sini leh.

Aku:  Haha, yalor... mo simpan panjang sikit maa..

Lyn:  Aiyooo lu rambut arr macam itu rambut palsu, tebal, kuat itam! *sambil menyepit2 rambut.

Aku : #kembangkempishidung.  Errr.. ya ka? Hihi. ikut badan tuan dia lor.. tuan gomok, rambut gomok jugak.

Haahahaha....

1 jam kemudian, ... aku keluar dari kedai dengan bangganya.  Rambut comel dah pendek sikit dan dengan badan yang bulat, laki aku kata aku nampak macam kek cawan Red Velvet.

OK.  Fine, rambut diwarna kemerah-merahan memang tak sesuai dengan kulit aku yang pink kena panah mentari.

Maaf, tiada foto sebagai bukti.  Kang korang kata aku nampak 'lazat' pulak dan tidak comel.  


Love,

....................................................


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan