Cara Menenangkan Minda yang Kacau di Pejabat

By Mizz Coki - Mei 21, 2013

Lately....
Blog ni semakin diabaikan.  Begitu jugak dengan Facebook.  90% kali FB dibukak kat hp.  Manakan sempat nak bukak pc bagai, dengan order dan karenah pelanggan.  Kerja ofis lagi.  Korang dengar citer mesti stress sebab aku tak pernah citer benda yang sweet-sweet melainkan stress adanya.

Kat ofis tengok berita TV3 online ... bolehlah... walaupun aku agak kureng dengan TV3 ni tapi itulah, satu-satunya penghibur di kala sunyi.  Boss aku ke New Zealand, makan angin sampai 9 Jun.  Hebat kan? Aku pun blum isi borang cuti Hari Gawai lagi.

Bila aku bosan dengan TV3, aku suka dengar bunyi-bunyian yang soothing,... so ofis aku akan jadi ala-ala spa gitu, dahla sejuk, nyaman, wangi (orang puji, bukan aku sesaja riak OK?) Hahahaha.... Perasan!

OK, nak ciao jap.  Ada minit mesyuarat kena siapkan.  So korang dengarlah video kat bawah, jangan tengok.. tapi dengar je... letak air kopi kat tepi, baring-baring sikit.. pergggghhh.. layaaaan...


p/s:  Sabar sikit part memula tu, sapa yang tak sabar mesti ingat ni bunyi orang kencing buang air kecil takpun orang lupa tutup pili paip. Haha.


xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan